Memaparkan catatan dengan label latihan sama makna tahun 6. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latihan sama makna tahun 6. Papar semua catatan

LATIHAN SINONIM 2

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

11. Cuti sekolah selama sebulan membuatkan Hassim merasa bosan kerana hanya duduk di rumah.
A.  mual                                  C.  loya
B.  jemu                                   D.  meluat

12. Sejak kecil Derek diajar oleh ibu bapanya supaya beradab dengan orang yang lebih tua dan guru-guru.
A.  berertika                            C.  bertamadun
B.  bermoral                            D.  berbudi bahasa

13. Perhubungan Kamal dan Sham sangat akrab sejak mereka kecil lagi bagaikan aur dengan tebing.
A.  rapi                                    C.  rapat
B.  intim                                  D.  dekat

14. Mak cik Fatimah mengambil tikar untuk alas lantai rumahnya yang berlubang agar kelihatan cantik.
A.  lapik                                  C.  landas
B.  halang                                D.  tampung

15. Pei Pei seorang anak yang baik kerana sentiasa akur pada perintah ibu dan bapanya.
A.  taat                                                C.  takwa
B.  setia                                   D.  tunduk

16. Penduduk Kampung Mewah hidup dalam keadaan aman dan damai sejak dahulu lagi.
A.  lega                                    C.  jernih
B.  tenang                                D.  ceria

17. Faris cepat menukar bajunya selepas pulang ke rumah dalam keadaan basah kerana hujan lebat.
A.  berair                                 C.  becak
B.  lembap                               D.  kering

18. Syamsul terpaksa bekerja lebih masa kerana beban kerja yang semakin bertambah.
A.  amanah                              C.  tanggungan
B.  kewajipan                          D.  tanggungjawab

19. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara Malaysia bebas daripada dijajah oleh British.
A.  lari                                     C.  keluar
B.  lepas                                  D.  merdeka

20. Karim tidak berani menegur Pak Naim kerana dia seorang yang bengis walaupun mereka sudah lama berkenalan.
A.  zalim                                  C.  kejam

B.  ganas                                 D.  garang

Jawapan:
11B
12D
13C
14A
15A
16B
17A
18C
19D
20D

Tahun 6 : Latihan Sinonim 1 (Latihan Perkataan Sama Makna)

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1.  Kawasan rumah Mei Mei berubah sejak pokok bunga yang ditanam olehnya layu kerana tidak disiram.
A.  lesu                                    C.  kecut         
B.  kuyu                                  D.  lembut

2. Peter ajak saya ke rumahnya sempena majlis harijadinya sambil kami sekumpulan kawan baik bermain catur.
A.  arah                                   C.  ziarah
B.  suruh                                  D.  pelawa

3. Kanak-kanak Tadika Krystal itu kelihatan ceria  semasa mengambil gambar sempena hari majlis penyampaian hadiah sekolah.
A.  suka                                   C.  seronok
B.  meriah                                D.  gembira

4. Pemandangan pada waktu senja di Pulau Ketam sangat indah sehingga membuatkan kami semua masing – masing berat hati untuk balik ke menjamu makan malam walaupun kami sudah lapar.
A.  bagus                                 C.  permai
B.  cantik                                 D.  harmoni

5. Baju dan seluar yang besar itu yang dihadiah oleh saudara di seberang laut tidak muat dengan badan Ahmad yang kecil.
A.  padan                                C.  sesuai
B.  cukup                                 D.  selesa

6. Encik Liew seorang jiran yang baik kerana selalu menolong orang yang dalam kesusahan.
A.  keperitan                           C.  kepayahan
B.  kepapanan                         D.  kesenangan

7. Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga di kebunnya.
A.  ugutan                               C.  teguran
B.  nasihat                               D.  peringatan

8. Guru Besar Sekolah Mekar memuji semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa kerana ia berjalan dengan lancar.
A.  kerja                                  C.  Projek
B.  Tugas                                 D.  Program

9. Pelbagai acara diadakan di sekolah sempena menyambut hari kebangsaan.
A.  agenda                               C.  rencana
B.  aturcara                              D.  rancangan

10. Encik Ahmad berjalan-jalan bersama dengan keluarganya sambil menghirup udara yang nyaman di Taman Mewah.
A.  elok                                   C.  segar

B.  tulen                                  D.  bersih

Jawapan:
1C
2D
3D
4B
5C
6C
7D
8D
9D
10C