Latihan Nilai Murni

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

        
           Andy seorang murid Tahun Enam. Kehidupan keluarganya agak susah.  Ini adalah kerana bapa Andy hanya seorang buruh kasar.  Dia terpaksa menyara keluarga Andy yang seramai lima orang.  Walau bagaimanapun kehidupan mereka bahagia.
            Pada suatu hari,  Andy berjalan kaki pulang dari sekolah.  Tiba-tiba Andy ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong kerana beg tangannya diragut.  Andy yang berada tidak jauh dari situ   berusaha menolong wanita itu walaupun menyedari dia sukar mengalahkan kekuatan pemuda yang bermotosikal itu.
            Akhirnya Andy ditolak oleh pemuda yang meragut beg tangan wanita itu.  Andy gagal mendapatkan semula beg tangan wanita itu.




Jawapan :
            Nilai-niali murni yang saya peroleh daripada petikan di atas ialah kehidupan tetap bahagia walaupundaripada keluarga susah.  Kita hendaklah sanggup menolong walaupun masih kanak-kanak dan sanggup berjalan kaki untuk ke sekolah kerana ingin menjadi orang yang berilmu.  Kita tidak perlu gentar atau takut apabila mendengar orang menjerit secara tiba-tiba dan perlu berani bertindak walaupun sedar keupayaan diri tidak seberapa.