Tahun 6 : Kertas Objektif


Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1-19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1  “________pasti akan berjaya,” jerit samsul sekut-luat hatinya.
A  Beta
B  Aku
C  Kita
D  Kami

2  “Tumbuk cili ini hingga _____,” pesan Mak Long kepada cucunya.
A  pecah
B  nipis
C  kecil
D  lumat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.



3  Pak Hamid sedang ______ pokok mangga di depan rumahnya.
A  mencantas
B  mencangkul
C  menebang
D  menghiris

4  Encik Karim sekeluarga tidak hadir ke majlis perkahwinan itu _____ dijemput berkali-kali kerana mereka tersinggung dengan cara dia bercakap.
A  Walaupun
B  malah
C  jika
D  agar

5  Budak yang mencuri itu _____ apabila disoal oleh guru disiplin sekolahnya.
A  takut
B  ketakutan
C  ditakutkan
D  menakutkan

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.


6  Pak Amin sedang sibuk _____ kayu. 
A  meraut
B  menakuk
C  membelah
D  memotong

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.


7  Setibanya di pelabuhan, anak-anak kapal terus ___ sauh.
A  menjatuhkan
B  memanjangkan
C  melabuhkan
D  meletakkan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.


8  Para nelayan itu menerbarkan ____ jala secara beramai-ramai.
A  seruas
B  sehelai
C  serawan
D  sejurai

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9  Sebaik sahaja Peter sampai, Bryan terus ____ tanpa menoleh ke arah Peter.
A  edar
B  edaran
C  beredar
D  mengedar

10 Aman _____ Selepas berlari sejauh 200 meter.
A  lintang-pukang
B  terhegeh-hegeh
C  tercungap-cungap
D  ternganga-nganga

11 Luna merupakan murid yang cerdik ____ kehidupan hariannya amat susah berbanding rakan-rakan yang lain.
A  malah
B  jikapun
C  meskipun
D  namun

12 Shumi sungguh petah bercakap ____ umurnya baru empat tahun.
A  jika
B  agar
C  kerana
D  walaupun

13 Tidak ___ penduduk kampung Paya bersetuju jika tanah mereka diambil untuk dimajukan.
A  sukuan
B  separuh
C  suku
D  semua

14  Ayah sangat ____ tentang pelajaran kami walaupun ayah sendiri buta huruf.
A  ada hati
B  lepas tangan
C  lepas cakap
D  ambil berat

15  Di dalam plastik yang berwarna hitam ini ada beberapa ____ padi.
A  urat
B  untai
C  gemal
D  jambak

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.


16 Penjodoh bilangan bagi gambar rajah di atas ialah
A  kaki
B  ruas
C  ulas
D  keping

17 Nenek Tam tergelincir kerana lantai bilik air yang ___ macam belut.
A  licin
B  lurus
C  kesat
D  panjang

18 Mereka hanya berbual ringkas di ____ pagar rumah masing-masing.
A  atas
B  tepi
C  bawah
D  hujung

19 ____, pantas sungguh gerakan Razif semasa perlawanan suku akhir permainan badminton semalam!
A  Cis
B  Nah
C  Wah
D  Aduhai

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Kakak sedang menolong emak menggaul bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek di dalam mangkuk besar.
Perkataan berlawan bagi menggaul ialah
A  mengasingkan
B  mencampur
C  meratakan
D  menyamakan

21 Susan suka mengumpat rakan sekelasnya yang miskin itu.
Perkataan berlawan bagi mengumpat ialah
A  memuji
B  mencerca
C  mengata
D  menghina

22 “Jangan menonton televisyen hingga larut malam,” pesan Cikgu Azila.
Perkataan seerti bagi larut ialah
A  awal
B  lewat
C  hampir
D  agak

23 Makanan yang dimakan mesti dikunyah supaya mudah dicerna.
Perkataan seerti bagi kunyah ialah
A  kisar
B  telan
C  hadam
D  mamah

Soalan 24-27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24
  1. Adik yang masih kecil sudah berani keluar sendiri.
  2. Di dalam laci ini ada besi berani
  3. Dia menghidangkan saya sepinggan nasi berani.
  4. Kita mesti berani kerana benar.
A.   I dan II
B.   II dan IV
C.   I,II, dan IV
D.   I, II, III, dan IV

25
  1. Saya sudah menerima maklum balas daripada pihak atasan.
  2. Jangan sampai terlupa membalas surat kiriman ini.
  3. Karim memang seorang yang membalas.
  4. Sikap balas kasihan perlu ada adalam diri seseorang.
A.   I dan II
B.   I dan III
C.   II dan IV
D.   I, II, dan IV

26
  1. Unggun api itu mesti dipadamkan sebelum kita meninggalkan tempat ini.
  2. Ingatan ibu terhadap ayah masih tidak padam walaupun ayah sudah meninggal dunia.
  3. Wajah Azlina merah padam kerana malu apabila diusik.
  4. Lama-kelamaan, bunyi itu semakin padam.
A.   I, III dan IV
B.   I, II, dan III
C.   II, III, dan IV
D.   I, II, III, dan IV

27
  1. Pelancong asing suka akan negara kita yang aman lagi makmur.
  2. Saya berasa asing ketika berada di luar negara.
  3. Murid-murid lelaki duduk  asing dengan murid-murid perempuan.
  4. Sebuah kapal asing berlabuh di pelabuhan itu.
A.   I, II, dan III
B.   I dan II
C.   I, II, dan IV
D.   I, II, III, dan IV

Soalan 28
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

28  Sejak bilakah dia mula berperangai sedemikian?
A  Ya, perangainay memang demikian.
B  Saya pun tidak pasti mengenai hal itu.
C  Mungkin fikirannya terganggu.
D  Entahlah, saya tidak tahu mengapa perangainya demikian.

Soalan 20
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

29 Tuah memarahi Jebat kerana menyangka Jebat menderhaka kepada raja.
A  Akibat menderhakai raja, Tuah dimarahi Jebat.
B  Jebat dimarahi oleh Tuah kerana Tuah menyangka Jebat menderhakai raja.
C  Akibat tersalah sangka terhadap raja, Tuah memarahi Jebat.
D  Jebat yang menyangka Tauh menderhakai raja memarahi Tuah.

Soalan 30
Pilih ayat dengan betul.

30 
·Udara di puncak Gunung Kinabalu amat nyaman.
·Mereka menangkap gambar walhal berada di Bukit Machincang, Langkawi.
·Ibu kerap merenggut kerana abang banyak membazir.
·Cikgu Hassan sedang mengajar para murid-murid di kelas.

Soalan 31- 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

           
          Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oelh badan kita dengan jumlah yang mencukupi.  Makanan seimbang perlu dilengkapi dengan zat protein, karbohidrat, vitamin, dan garam galian.  Zat protein boelh didapati daripada ikan, telur, daging, dan ayam.  Manakala roti, nasi, dan mi memerikan sumber karbohidrat kepada tubuh badan.  Di dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan makanan yang seimbang agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat.  Melalui sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, kita dapat membantu mengurangkan kemungkinan jangkitan penyakit pada tubuh.
            Selain itu, kita perlu juga mengurangkan pengambilan makanan ringan, makanan yang manis, dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi.  Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi terdiri daripada mentega, keju, minyak, coklat, dan sebagainya.  Dengan makanan seimbang, kita dapat membantu mengukuhkan sistem pertahanan tubuh kita. Badan kita akan sentiasa sihat dan tidak terdedah kepada penyakit seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.  Lantaran itu, kita haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.  Kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang sempurna.


31  Apakah yang dimaksudkan dengan makanann seimbang?
A  Mengandungi vitamin dan garam galian yang tinggi
B  Mengurangkan jangkitan penyakit pada tubuh
C  Mengandungi zat yang diperlukan oelh badan dalam kadar yang mencukupi
D  Mempunyai kandungan lemak yang tinggi

32 Zat karbohidrat boleh didapati daripada
A  telur, nasi, dan susu
B  nasi, mi dan roti
C  nasi, sayur, mi, dan roti
D  telur, mentega, dan minyak

33 Penyakit diabetes disebabkan oleh
A  pengambilan makanan berlemak berlebihan
B  pengambilan makanan yang berlebihan
C  pengambilan makanan manis yang berlebihan
D  pengambilan makanan masin yang berlebihan

34  Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan, kecuali
A  Tubuh memerlukan makanan seimbang untuk sentiasa sihat.
B  Makanan seimbang dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan.
C  Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengurangkan jangkitan penyakit tubuh badan.
D  Badan tidak akan terdedah dengan penyakit sekiranya makan makanan yang manis.

35 Manakah antara berikut bukan zat makanan?
A  Kalium
B  Karbohidrat
C  Protein
D  Kalsium

Soalan 36- 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

          
Petikan di bawah berkaitan dengan gambar di bawah.




           Sukarnya kehidupan orang-orang yang rabun jika kehidupan aku.  Sesekali aku ingin bebas daripada cengkaman tuanku jika hal-hal berkaitan kebajikan tidak dijaga.  Namun apa yang kuharapkan jarang berlaku.
            Adakalanya rakan seperjuanganku berasa amat tertekan jika bertuankan seseorang yang rajin membaca ataupun rajin bekerja hingga lewat malam.  Meskipun khidmat kami cemerlang, masih ramai yang tidak berterima kasih apatah lagi menyayangi golongan kami.
            Aku yang diperbuat daripada plastik langsung tidak pernah mendapat belaian.  Tuanku beranggapan aku boelh dicampak ke merata-rata tempat jika tidak digunakan.  Ini berbeza sedikit dengan rakanku yang diperbuat daripada kaca.
            Tentang kesakitan golongan kami, tidak usah ditanya.  Ada yang pecah berderai, patah ataupun tercalar.  Demikianlah serba sedikit perjalanan hidup golonganku.

36  Berdasarkan cerita di atas, apakah bahan yang boelh digunakan untuk menyiapkan 'aku'?
A  Plastik dan kaca
B  Emas dan plastik
C  Aluminiim dan kaca
D  Plastik dan tanah liat

37  Siapakah antara berikut yang memerlukan 'aku'?
A  Orang yang pekak
B  Para remaja yang rajin belajar
C  Orang yang tidak berwajah cantik
D  Orang yang penglihatannya kurang jelas

38 Penjodoh bilangna yang sesuai untuk golongan 'akau' ialah
A  sebiji
B  sebuah
C  sebentuk
D  sepasang

39 Perkataan lain boleh menggantikan perkataan cengkaman ialah
A  hasutan
B  kurungan
C  penindasan
D  pengorbanan

40 Antara berikut, yang manakah jarang berlaku terhadap 'aku'?
A  Luka
B  Patah
C  Pecah
D  Tercalar




Jawapan 

1.    B
2.    D
3.    C
4.    A
5.    B
6.    C
7.    C
8.    C
9.    C
10. C
11. C
12. D
13. D
14. D
15. C
16. A
17. A
18. B
19. C
20. A
21. A
22. B
23. D
24. C
25. A
26. B
27. C
28. B
29. B
30. A
31. C
32. B
33. C
34. D
35. A
36. A
37. D
38. D
39. C
40. A