Latihan Topikal Efektif Bahasa Malaysia SJKC Tahun 6 KBSR ( Berdasarkan Format Peperiksaan UPSR Terkini)

Latihan Topikal Efektif Bahasa Malaysia SJKC Tahun 6 KBSR ( Berdasarkan Format Peperiksaan UPSR Terkini)

Unit 5  Mesra Alam Hidup Bahagia

A  Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Ibu sedang menghidangkan ______ kepada tetamu yang datang.
A  jemput-jemput
B  oleh-oleh
C  obor-obor
D  labi-labi

2  Kereta merah yang memotong kami sebentar tadi _______ melanggar budak itu.
A  hampir-hampir
B  tiba-tiba
C  akhir-akhir
D  mula-mula

3  Manusia bernafas menggunakan ______.
A  reriang
B  lelangit
C  peparu
D  jejala

4  Tukang sapu itu telah menyapu ______ yang gugur di taman sekolah.
A  jejarum
B  jejari
C  kekunci
D  dedaun

5  Tukang rumah menggunakan _______ untuk mengukur sudut tingkap.
A  sesiku
B  tetupai
C  kekabu
D  deduit

6  ______ adik sakit kerana tercucuk tulang ikan.
A  Peparu
B  Lelangit
C   Jejala
D  Kekabu

Nota
Kata Ganda
·Kata yang diulang sama ada sebahagian atau seluruhnya.
·Penggandaan boleh dilakukan terhadap kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Kata Ganda
Penuh
Separa
Beraneka
Budak-budak, tiba-tiba
Sesiku, tolong-menolong
lauk-pauk, gotong-royong

7  Banyak _____ yang menghadiri majlis perkahwinan Kamarul dan Zurina.
A  tetamu
B  tetangga
C  lelaki
D  bebiri

8  Datuk tidak dapat mendengar kerana _____ telinganya rosak.
A  lelayang
B  reriang
C  gegendang
D  rerambut

9  Kakak ______ malu apabila jejaka itu menegurnya.
A  tersipu-sipu
B  tertunggu-tunggu
C  tertanya-tanya
D  termangu-mangu

10 Kami dapati perigi di belakang rumah ____ pada musim kemarau.
A  licin-licau
B  punah-ranah
C  limpah-ruah
D  kering-kontang

B  Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
 1  Ibu sedang _____ pakaian di ampaian.
A  menjaga
B  menyidai
C  merawat
D  menggosok

2  Petani yang rajin itu ____ kebunnya dengan kawat duri.
A  mengawal
B  mengepung
C  memagar
D  menutup

3  Pak Din _____ naja pada pangkal pokok-pokok manggisnya.
A  memasak
B  memberi
C  membubuh
D  menyiram

4  Bunyi bising kenderaan bermotor boleh _____ ketenteraman kita.
A  merosakkan
B  mengganggu
C  menyedut
D  menyiram

5  Kita sebagai manusia yang bertanggungjawab haruslah ______ alam sekitar daripada tercemar.
A  memelihara
B  membela
C  menyayangi
D  merosakkan

6  Sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat ______ kawasan persekitaran tempat tinggal kotor dan longkang-longkang tersumbat.
A  membolehkan
B  menyebabkan
C  membuat
D  menjaga

7  Budak nakal itu membaling beberapa _____ batu ke arah anak ayam itu.
A  biji
B  buah
C  batang
D  cubit

8  Ayah menanam beberapa _____ serai di belakang rumah.
A  ranting
B  rumpun
C  longgok
D  buah

9  Faiz mmebeli se______ mi goreng di gerai ini.
A  cucuk
B  genggam
C  bungkus
D  cubit

10 Pemuda itu ditahan kerana memiliki lima ____ mercun
A  batang
B  cucuk
C  tandan
D  papan

11 Encik Lee membeli beberapa ____ anggur untuk dibawa pulang ke rumah.
A  biji
B  tandan
C  gugus
D  sikat

12  Datuk sedang membaca se____ surat khabar di ruang tamu.
A  naskhah
B  buah
C  keping
D  helai

C  Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


                                                                                                                     No. 25, Jalan Vanadium Satu,
                                                                                                                      Seksyen 7/34 A,
                                                                                                                      40000 Shah Alam,
                                                                                                                      Selangor Darul Ehsan.
                                                                                                                      25 Jun 2012.

Menemui sahabatku Hazlin, apa khabar?  Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera selalu.  Saya dan keluarga sentiasa sihat dan ceria di samping tugas-tugas harian.

Sahabatku,
            Surat yang saudari kirim telah selamat saya terima dua hari yang lalu.  Dalam surat tersebut, saudari ada bertanyakan tentang percutian saya baru-baru ini.
            Buat pengetahuan saudari, pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah berkunjung ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah di di Sungkai, Perak.  Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 90 minit dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta bapa.
            Sesuatu yang menggamit hati kami ialah taman tersebut diliputi hutan asli dan jalannya pula dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit.  Taman yang berkonsepkan suasana desa dan dinaungipohon-pohon durian serta pelbagai tumbuhan herba itu mengingatkan kami kepada kampung halaman.
            Kami terpegundengan keindahan alam semula jadi sebaik sahaja mencecahkan kaki ke dalam kolam mandian bersumberkan air panas asli di tepi banjaran Titiwangsa, 200 kaki tinggi dari paras laut.
            Ketika melalui jambatan menuju ke kolam air panas utama, kami sungguh terpesonadengan alunan muzik yang terhasil daripada suara burung serta unggasyang saling bersahutan.
            Pada sebelah petang, kami merebus telur di tempat yang telah dikhaskan selain menikmati makanan di restoran yang menawarkan pelbagai pilihan yang membuka selera kami.  Restoran ala gua batu itu memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk bersantai di samping menikmati makanan yang enak.  Kami sangat gembira bercuti di sana.
            Sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan tentang keindahan Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungai Perak.  Akhir kata, sambutlah salam ingatan daripada saya dan keluarga.

                                                                                                                                    Yang benar,
                                                                                                                                    Nor Aziziah



·Kamus
·menggamit: to touch lightly
·dinaungi: be protected
·terpegun: wonder
·terpesona: (already be) captivated

1  Ke manakah Nor Aziziah berkunjung pada cuti sekolah yang lalu?
A  Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah
B  Taman Rimba Alor Setar
C  Taman Pertanian Alam Shah
D  Taman Tasik Titiwangsa

2  Berapa lamakah masa yang diambil oleh Nor Aziziah sekeluarga untuk sampai ke sana?
A  1 jam 10 minit
B  1 jam 15 minit
C  1 jam 20 minit
D  1 jam 30 minit

3  Apakah yang menggamit hati keluarga Nor Aziziah?
A  Jalan raya
B  Hutan asli yang dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit
C  Hutan hujan tropika
D  Hutan khatulistiwa

4  Di manakah telur boleh direbus?
A  Di tempat yang dikhaskan
B  Di tempat yang ditunjukkan
C  Di tempat yang dibuat
D  Di tempat yang dikunjungi

5  Perkataan unggas bermaksud
A  burung
B  tumbuhan
C  benda
D  bulan

D  Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

1  Daun poko bunga cempaka itu telah layu.
A  laras
B  segar
C  cantik
D  lembik

2  Adik saya memang berminat mendengar cerita-cerita dongeng.
A  benar
B  rekaan
C  tahyul
D  fantasi

3  Pendidikan jasmani amat penting kepada semua murid.
A  fizikal
B  rohani
C  kesihatan
D  kecantikan

4  Saya bersiar-siar di kawasan percutian Tanah Tinggi Cameron sambil menghirup udara segar.
A  menghembus
B  melepas
C  menghisap
D  mengambil

5  Baju Melayu dibuat daripada kain yang sangat halus.
A  kesat
B  licin
C  kasar
D  lembut

E  Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.  Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            

                 Pada minggu yang lalu, murid-murid dari SJKC Phui Hua telah menjalankan aktiviti gotong-royong di Sungai Congkali.  Mereka bersama-sama dengan guru pengiring dan penduduk kampung berdekatan membersihkan sungai-sungai yang menjadi sumber air di kawasan itu. Kekotoran sungai berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai.  Sikap murid-murid sekolah ini menjalankan pembersihan sungai amat baik.  Mereka tidak mahu sungai yang ada ini terus tercemar.  Mereka bertungkus-lumus membersihkan kawasan di sekeliling sungai.  Walaupun penat tetapi semua orang berpuas hati dengan hasil yang diperoleh setelah semua kerja selesai dijalankan.



Jawapan Unit 5 Mesra Alam Hidup Bahagia

Bahagian A
1.      A
2.      A
3.      C
4.      D
5.      A
6.      B
7.      A
8.      C
9.      A
10.  D

Bahagian B
1.      B
2.      C
3.      C
4.      B
5.      A
6.      B
7.      A
8.      B
9.      C
10.  D
11.  C
12.  A

Bahagian C
1.      A
2.      D
3.      B
4.      A
5.      A

Bahagian D
1.      B
2.      A
3.      B
4.      A
5.      C

Bahagian E
            Murid-murid SJKC Phui Hua rajin kerana menjalankan aktiviti gotong-royong.  Mereka menghargai alam sekitar dengan membersihkan sungai.  Masyarakat perlu menjaga kebersihan dan bukannya membuang sampah ke dalam sungai.  Murid-murid ini juga bertanggungjawab kerana menghargai sungai sebagai punca bekalan air.