Kertas Model 4: Kertas 1 dan 2 UPSR Bahasa Melayu

Kertas Model 4
kertas 1
Masa: Lima puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua solan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C, dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1-21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.



1  Mak Munah sedang _____ daun kelapa sebelum menganyam ketupat.
A  melirik
B  melurut
C  melayur
D  mengoyak


Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah



2  Pak Cik Husin yang bertugas sebagai _____ bas sedang mengutip wang daripada penumpang bas.
A  konduktor
B  pemandu
C  mekanik
D  jurutera

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.


3  Pelajar-pelajar sekolah itu sedang menjalani latihan ____ sejak jam 8.00 pagi.
A  bersilat
B  berlakon
C  koir
D  nyanyian.

4  Kehidupan para pekerja kialng semakin ____ akibat kegwatan ekonomi dunia.
A  aniaya
B  terhimpit
C  pedih
D  lemah

5  _____ yang berjaya dalam pertandingan itu telah menerima hadiah masing-masing.
A  Kamu
B  dia
C  Beliau
D  Mereka

6  Air sungai itu ___ dengan deras semasa hujan lebat.
A  mengalir
B  berjalan
C  berarus
D  bergerak

7  Mengapa agaknya dia kerap katang _____ sehingga pelajarannya terganggu.
A  awal
B  lewat
C  cepat
D  pagi

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.


8  Kak Jah mahir melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah ____ padi.
A  menampi
B  menanam
C  mengayak
D  mengasing

9  _____ filem terbaru Syarikat Mutiara akan diadakan di Pusat Dagangan Unggul, Kuala Lumpur.
A  Prasejarah
B  Prasekolah
C  Pratayangan
D  Prawacana

10 Pihak polis sudah membuat ____ wajah penjenayah yang paling dikehendaki dan telah disiarkan dalam akhbar harian.
A  lorekan
B  imbasan
C  garisan
D  lakaran

11 Munir _____ orang hilang akal apabila terkenang isterinya yang sudah meninggal dunia.
A  pada
B  akan
C  seperti
D  terhadap

12 Sarapan pagi Encik Hanon ialah ____ roti canai dan secawan kopi.
A  sepinggan
B  secebis
C  sebuku
D  sekeping

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.





13 Perbuatan Encik Osman dikatakan seperti ____ kerana Encik Tan memang terkenal dengan sikap tegas dan tidak mahu menerima cadangan orang lain.
A  anjing dengan kucing
B  anjing menyalak bukit
C  anjing dengan bayang-bayang
D  anjing berebut tulang

14  Kerja-kerja ______ longkang itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
A  dalami
B  mendalami
C  memperdalam
D  memperdalam

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.



15  Se ______ lalang liar telah tumbuh di kawasan itu.
A  ruas
B  batang
c  rumpun
D  berkas

16  “Saya makan se_____ agar-agar sebagai pencuci mulut,” kata adik Nani.
A  kerat
B  cubit
C  cecbis
D  potong

17 Mulut mangsa kemalangan itu _____ sebelum dia meninggal/
A  haru-biru
B  huru-hara
C  comot-momot
D  terkumat-kamit

18  _____ kakinya terseliuh, dia tetap meneruskan permainan.
A  Sungguhpun
B  Apbabila
C  Malahan
D  Lantaran

19  Kami sekeluarga masih belum _____ saudara kami yang baru pindah ke sebuah rumah mewah di pinggir Kuala Lumpur.
A  menonton
B  menjenguk
C  melihat
D  menengok

20 Hasnah memang ______ kerana menghebakan rahsia yang sampaikan kepadanya.
A  muka dua
B  mulut murai
C  mulut tempayan
D  pecah tembelang

21 Setelah berkali-kali gagal dalam ujian memandu,  abang Kamal mula _____ untuk mencuba lagi.
A  berpatah arang
B  hilang akal
C  ringan tulang
D  patah hati

22 Hati ayah pilu apabila mendapat berita kematian datuk.
Perkataan seerti bagi pilu ialah
A  sedih
B  ceria
C  runsing
D  sepi

23 Ahli-ahli pengakap yang sedang berbaris itu kelihatan segak.
Perkataan seerti bagi segak ialah
A  tampan
B  kemas
C  menarik
D  lawa

24 Kaki Pak Cik Sam sakit akibat tertusuk duri.
Perkataan berlawan bagi tertusuk ialah
A  terkena
B  terbenam
C  tercucuk
D  tercabut

Soalan 25 -26
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25
  1. Karmila ke India untuk mendiami bidang perubatan.
  2. Barang-barang kemas mendiami tubuh penghibur popular itu.
  3. Alfero akan mendiami peperiksaan UPSR penghunjung tahun ini.
  4. Keluarga Ros sudah mendiami rumah ini semenjak lapan tahun lalu.
A.   I dan IV
B.   IV sahaja
C.   I, II, dan III
D.   II, III, dan IV

26
  1. Ibrahim rajin mengulang kaji pelajaran setipa malam.
  2. Ayah kerap mengulang nenek di kampung sejak akhir-akhir ini.
  3. Rancangan ini merupakan rancangan mengulang.
  4. Saya hairan kerana pemuda ini kerap mengulang dari hulu ke hilir.
A.   I sahaja
B.   I dan II
C.   I, II, dan III
D.   I, III, dan IV

Soalan 27
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

27  Anita memang tidak patut dibabitkan dalam kes tersebut.
A  Siapakah Anita dalam kes tersebut?
B  Di manakh Anita semasa kejadian tersebut?
C  Adakah Anita terlibat dalam kes tersebut?
D  Mengapakah nama Anita dilibatkan dalam kes tersebut?

Soalan 28-29
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28  Murid-murid yang berambut panjang mesti menggunting rambut mereka.
A  Rambut panjang mesti menggunting murid-murid.
B  Rambut murid-murid yang panjang mesti dipotong pendek.
C  Menggunting murid-murid rambut yang panjang.
D  Murid-murid mesti menggunting rambut mereka sehingga panjang.

29 “ Kamu mesti sentiasa menjaga kesihatan diri,” kata ibu kepada Aina.
A  Ibu menasihati Aina supaya sentiasa menjaga kesihatan diri.
B  Ibu melarang Aina menjaga kesihatan dirinya.
C  Aina menasihatkan ibunya agar menjaga kesihatan dirinya.
D  Ibu memujuk Aina supaya sentiasa menjaga kesihatan dirinya.

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30
I.        Siapakah nama kucing yang bermata bulat itu?
II.        Nah, makanlah epal hijau ini!
III.        Jemput beratur ketika membuat bayaran di kaunter ini.
IV.        Sebenarnya Sherif seorang pelakon handalan di Bollywood.
E.           I dan II
F.            II sahaja
G.           II dan IV
H.           I, II, dan IV

Soalan 31-35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

15 September 2009
Menerima panggilan daripada Pak Cik Beng.  Nenek di kampung telah menghembuskan nafas terakhir.  Nenek pengsan selepas makan tengah hari.  Aku, ibu, dan ayah sebak menahan kesedihan.

16 September 2009
Berada di kampung.  Kami pulang dari Kuala Lumpur ke selatan tanah air dengan enaiki kereta yang dipandu oleh Encik Felix, kawan baik ayah.  Beliau sanggup emenadu dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menghantar kami sekeluarga pulang ke kampung. Sewaktu kami tiba, jiran tetangga dan saudara-mara sudah berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada nenek.

17  September 2009
Ramai orang terus mengunjungi datuk untuk menyampaikan ucapan takziah. Datuk kelihatan amat sedih tetapi dapat mengawal perasaan.  Kami sekeluarga berhasrat membawa datuk menetap bersama-sama keluarga kami Kuala Lumpur.

31  Mengapakah 'aku' berasa sedih?
A  Menerima panggilan daripada Pak Cik Beng
B  Neneknya baru meninggal dunia
C  Tidak dapat pulang ke kampung bersama-sama ahli keluarga sendiri
D  Tidak dapat mengunjungi datuk di kampung.

32  Rangkai kata menghembuskan nafas terakhir dalam petikan bermaksud
A  sakit tenat
B  berkahwin lain
C  meninggal dunia
D  berhijrah ke negeri lain.

33  Siapakah Encik Felix?
A  Jiran 'aku'
B  Pak cik 'aku'
C  Pemandu ayah 'aku'
D  Kawan baik ayah 'aku'

34  Antonim bagi kata takziah ialah
A  tahniah
B  kesedihan
C  kebangaan
D  syabas

35  Mengapakah keluarga 'aku' berhasrat membawa datuknya tinggal ke Kuala Lumpur?
A  Datuknya ingin tinggal di bandar pula
B  Datuknya bergaduh dengan nenek
C  Keluarga 'aku' memerlukan khidmat datuk
D  Bagi menghilangkan kesedihan datuk setelah kematian nenek

Soalan 36-40
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kami di pinggirkan sejak dahulu
Tanpa kasih sayang, apatah lagi wang perbelanjaan
Tinggallah kami hidup dalam kesengsaraan
Bertemankan kesedihan dan kasih melimpah ruah daripada ibu.

Apa salah kami?
Apakah kesilapan yang telah dilakukan?
Sehingga anak-anakmu sendiri dipinggirkan
Terbiar, terseksa, dan dihina sentiasa
Kerana tiada lelaki yang boleh digelar bapa.

Kami menderita sentiasa
Untuk melangkah dari hari ke hari
Pandangan seorang masyarakat
Itulah perjalanan hidup kami.

36  Siapakah kami dalam puisi di atas?
A  Anak-anak jutawan
B  Anak-anak yang ditinggalkan oleh bapanya
C  Anak-anak yang mendapat perhatian ibu dan bapa
D  Anak-anak yang kehilangan ibu

37  Puisi di atas merupakan
A  syair
B  sajak
C  pantun
D  gurindam

38 Perkataan dipinggirkan bermaksud
A  dijauhi
B  disakiti
C  didekati
D  disayangi

39  Siapakah yang telah menjaga 'kami' sepanjang kehidupan?
A  Ibu
B  Nenek
C  Jiran-jiran
D  Rumah kebajikan

40  Berdasarkan puisi di atas, bagaimanakah 'kami' menjalani kehidupan mereka?
A  Sentiasa bahagia dan seronok
B  Menderita kerana ibu dan ayahnya miskin
C  Menderita kerana dipandang hina
D  Disayangi ibu dan bapa tetapi hidup miskin

Kertas 2
Masa: Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.   Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.  Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
(10 markah)
(Masa dicadangkan: 15 minit)


Gambar di bawah menunjukkan suasana di stesen komuter. 
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Bahagian B
(30 markah)
(Masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak  kurang daripada 60 patah perkataan.

1  Kamu merupakan seorang ketua kelas.  Kamu dikehendaki berucap semasa majlis perpisahan guru kelas kamu yang akan berpindah.
Sediakan teks ucapan itu selengkapnya.

ATAU

2  Tulis karangan yang bertajuk, 'Kebaikan Tinggal di Bandar'.

ATAU

3  Aku semakin resah.  Jam dinding menunjukkan tepat pukul 11.00 malam.  Ibu berjalan mundar-mandir memikirkan tentang ayah yang masih belum pulnag.  Sejurus kemudian...
Mulakan karangan kamu dengan ayat 'Sejurus kemudian...'


Bahagian C
(20 markah)
(Masa dicadangkan: 20 minit)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.




            Lucy seorang murid perempuan berbadan gemuk.  Dia susah bergerak ke sana dan ke mari.  Kawan-kawan sering memanggilnya Si Gemuk.  Lucy tidak menghiraukan ejekan kawan-kawannya.  Bagi Lucy, dia sendiri pun sedih dengan keadaan fizikalnya.  Lucy hampir berputus asa untuk menguruskan badannya.
            Suatu hari, Lucy berjalan di padang.  Tiba-tiba dia ternampak seorang tua berbadab gemuk dalam keadaan berpeluh-peluh.  Orang tua itu berjalan sambil memegang tongkat.  Lucy terfikir, jika orang tua itu boleh bersenam pasti dia juga boleh.  Mulai saat itu,  Lucy bersenam pada setipa petang dengan ditemani oleh ibunya.
            Lucy juga mula mengawal cara pemakanannya.  Dia hanya mengambil mekanan yang diperlukan mengikut keperluan.  Setelah berbulan-bulan berusaha, akhirnya berat badan Lucy dapat dikurangkan.  Dia berasa lebih selesa dan yakin dengan penampilan dirinya.  Kawan-kawannya tidak mengejek Lucy lagi.



Jawapan Kertas Model UPSR 4

Kertas 1
1.    B
2.    A
3.    A
4.    B
5.    D
6.    A
7.    B
8.    A
9.    C
10. D
11. C
12. D
13. B
14. C
15. C
16. D
17. D
18. A
19. B
20. C
21. D
22. A
23. A
24. D
25. B
26. A
27. D
28. B
29. A
30. C
31. B
32. C
33. D
34. A
35. D
36. B
37. B
38. A
39. A
40. C

Kertas 2
Bahagian A
I.              Orang ramai sedang berbaris untuk menaiki komuter di laluan yang disediakan.
J.            Para penumpang memberi laluan kepada penumpang lain yang baru tiba di destinasi masing-masing.
K.           Orang ramai yang berada di dalam tren mengisi masa dengan melakukan memabaca surat khabar.
L.            Seorang perempuan sedang berbual-bual dengan handphone.
M.           Kebanyakan penumpang duduk diam-diam menunggung ketibaan tren.

Bahagian B
Soalan 1
Pendahuluan:
-ucapan alu-aluan
Isi-isi penting:
-tujuan majlis diadakan
-sebab guru akan meninggalkan sekolah-pulang ke kampung halaman
-sumbangan guru terhadap sekolah
-mengucapkan terima kasih kepada guru
Penutup:
-mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu

Soalan 2
Pendahuluan:
-semua orang mengimpikan tempat kediaman yang selesa – di bandar atau di desa
Isi-isi penting:
-kebaikan tinggal di bandar – pelbagai kemudahan disediakan
-kemudahan perhubungan – jalan raya, perkhidmatan awam
-peluang pekerjaan yang banyak
-peluang untuk memajukan diri
Penutup:
-banyak kebaikan tinggal di bandar

Soalan 3
Pendahuluan:
-terdengar bunyi enjin- bergegas ke pintu -rakan karib ayah datang-hairan
Isi-isi penting:
-memaklumkan ayah sudah lama pulang
ibu semakin resah – kawan ayah pulang – menenangkan ibu
-keadaan ibu berubah – bunyi kenderaan ayah
-ibu tersenyum -ayah muncul
-ayah menceritakan perkara sebenar yang terjadi
Penutup:
-berasa sangat gembira -ayah sudah pulang – tidur


Bahagian C
            Nilai-nilai murni yang saya peroleh daripada petikan ialah jangan suka mengejek sesama rakan walaupun keadaan fizikalnya tidak menarik.  Kita juga mesti menjauhi perasaan rendah diri semasa bersama-sama rakan jika diri kita kurang berbanding rakan-rakan yang lain.  Seterusnya, kita sepatutnya rajin bersenam untuk menjaga kesihatan diri.  Di samping itu, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang.  Akhir seklai, kita mesti menjauhi sikap suka mengutuk atau menghina sesiapa sahaja.