Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :
261.Ivan seorang yang celik dalam mata pelajaran Sains.
A. leka C. lelap
B. tidur D.
buta
262.Kapal terbang yang baru tiba dari Dubai itu sedang mendarat.
A. berlepas C.
berangkat
B. berhijrah D.
bersangkut
263.Kawasan cerun itu sering mengalami tanah runtuh apabila hujan lebat.
A. rata C. curam
B. sama D.
condong
264.Anjing itu mengonggong tulang yang dijumpai di dalam tong sampah.
A. isi C. limpa
B. hati D. daging
265.Makanan yang terdedah di atas meja makan itu menyebabkan lalat
hinggap di atasnya.
A. terbuka C.
terlindung
B. tertutup D.
tersembunyi
266.Pak Kasim sedang menggali tanah untuk membuat batas tanaman di
kebunnya sebelum menanam sayur-sayuran.
A. menutup C.
menimbus
B. menimbun D.
mengambus
267.Mei Ling kebah setelah makan ubat yang diberikan oleh doktor.
A. sakit C.
penat
B. nazak D. demam
268.Biskut di dalam balang itu lemau kerana kakak tidak menutupnya
dengan rapat.
A. liat C. rangup
B. keras D.
lembut
269.Suasana di bandar pada waktu malam gemerlapan dengan cahaya lampu
neon.
A. gelap C.
kelam
B. kabur D.
terang
270.Encik Sami berhijrah ke bandar setelah dinaikkan pangkat kerana
berjaya dalam perniagaan itu.
A. menetap C.
berpindah
B. menginap D.
bermastautin
261D
262A
263A
264D
265D
266C
267D
268C
269C
270A