Tahun 6 Latihan Antonim 6 : (Soalan Latihan Perkataan Berlawan)

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :


251.Fei Fei bergegas pulang ke rumah untuk mengambil dokumen penting yang tertinggal di rumahnya.
A.  kecil                                   C.  remeh
B.  ringan                                D.  mudah

252.Ekononi Malaysia tumbuh dengan pesat pada tahun ini walaupun ekonomi dunia merosot.
A.  maju                                  C.  lembap
B.  lewat                                  D.  lambat

253.Wajah Mei ling kelihatan pucat setelah semalaman tidak tidur kerana bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.
A.  berseri                                C.  bersinar
B.  berkilat                              D.  bersilau

254.Spesis dinasour telah pupus sejak berjuta-juta tahun yang lalu.
A.  terbit                                  C.  wujud
B.  timbul                                D.  muncul
255.Kai Seng bersungguh-sungguh  menyatakan kepada abangnya bahawa dia tidak mengenali lelaki itu.
A.  berdusta                            C.  berpura-pura
B.  berbohong                         D.  bermain-main

256.Masyarakat pada zaman purba menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan utama antara satu kampung dengan kampung yang lain.
A.  kini                                    C.  baharu
B.  moden                               D.  semasa

257.Barangan antik yang dibawa dari luar negara itu tinggi nilainya dan mendapat perhatian orang ramai kaya untuk memilikinya.
A.  kini                                    C.  baharu
B.  pelik                                   D.  usang

258.Aneka jenis corak kain dijual di butik Puan Fatimah di Gedung Pasar Raya yang baru dibuka di Kuala Lumpur.
A.  Satu                                   C.  Ragam
B.  Dua                                    D.  Macam

259.Pertumbuhan pokok bunga itu terbantut kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.
A.  sihat                                   C.  sumbat
B.  subur                                  D.  kambus

260.Projek Perumahan Taman Superior sudah lama disiapkan oleh Syarikat Bina Jaya.
A.  dibiarkan                           C.  diruntuhkan
B. dibubarkan                         D.  dibinasakan

Jawapan :

251C
252C
253A
254C
255C
256B
257C
258A
259B
260B