BM Tahun 6 Latihan Antonim 18 : (Soalan Latihan Perkataan Berlawan)

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :


371.Ais yang beku itu dimasukkan ke dalam bekas berisi air sirap.
A.  cair                                    C.  kering
B.  pekat                                  D.  lembap

372.Punca sebenar pergaduhan itu masih belum diketahui kerana Raziz tetap menafikan bukan dia yang melakukannya.
A.  mengakui                           C.  menyokong
B.  menyetujui             D.  membenarkan

373.Fida termengah-mengah menaiki tangga untuk ke pejabatnya kerana lif sudah rosak.
A.  menuruti                            C.  menjejaki
B.  menuruni                           D.  mengikuti

374.Taufik memadam pelita di sekeliling rumahnya apabila waktu pagi untuk menjimatkan tenaga elektrik.
A.  menyalakan                       C.  membukakan
B.  menerangkan                     D.  menghembuskan

375.Saiful dipaksa untuk memberi duitnya kepada pembuli itu kerana dia sudah lama tidak menghantar duit itu.
A.  mahu                                 C.  sanggup
B.  setuju                                 D.  sukarela

376.Dina menyampaikan berita yang palsu kepada rakan-rakannya.
A.  betul                                  C.  nyata
B.  sahih                                  D.  benar

377.Encik Tan mengusir pengemis yang cuba memasuki ke kawasan rumahnya.
A.  menjerit                             C.  menyahut
B.   menyapa                           D.  memanggil

378.Pemandu motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan.
A.  kuat                                   C.  parah
B.  berat                                  D.  kronik

379.Pak Min tidak dapat turun ke laut kerana air pasang .
A.  reda                                   C.  susut
B.  surut                                  D.  kurang

380.Pasukan bola baling Sekolah Bestari pasti akan memenangi perlawanan pada minggu hadapan.
A.  yakin                                 C.  harus
B.  mesti                                  D.  mungkin


Jawapan :

371A
372A
373B
374A
375D
376D
377D
378C
379B
380D