Contoh Karangan - Jawab soalan karangan yang bertajuk Kesihatan Gigi

Latihan Bahasa Melayu UPSR


Jawab soalan karangan yang bertajuk Kesihatan Gigi.


Contoh Jawapan soalan:


Tajuk: Kesihatan Gigi

        Sihat bereti tidak sakit dalam kamus dewan. Gigi yang sihat menjadi idaman semua orang. Fungsi utama gigi selain mengigit, mengunyah makanan, yang lebih penting makanan yang selepas dikunyah dengan gigi jauh lebih sedap rasanya berbanding makanan yang dikunyah oleh bahagian gusi dalam mulut kita.
        Makanan yang tinggi dengan mineral kalsium menjadikan gigi sihat dan kuat. Bahagian berwarna putih pada gigi merupakan enamal yang dibentuk oleh kalsium. Ikan Sardin, keju, susu, dan sayur-sayuran berwarna hijau mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Buah-buah seperti epal hijau, pisang, betik dan anggur pula memberi daya ketahanan tinggi kepada gigi kita. Benda yang keras tidak digalakakn sebab makanan tersebut boleh merosakan gigi kita. Minuman yang manis juga tidak sihat kepada gigi. Makanan ringan seperti gula, coklat, keropok tidak menyihatkan gigi.
        Doktor gigi menyeru orang ramai menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Lebih baik kita mengamalkan sikap mengosok gigi selepas setiap waktu makan untuk menjaga kebersihan gigi. Sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam gigi yang menjadi tempat pembiakan bakteria yang merosakan gigi. Jadi perlulah kita berus gigi kita. Dalam pada itu, pilih berus gigi yang mempunyai permukaan yang rata dan tidak terlalu keras atau lembut. Jangan ketinggalan menggunakan benang 'floss' pada bahagian yang sempit atau yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.
       Pergi jumpa doktor gigi bila gigi sakit, dan sebaik-baiknya jangan tampal gigi tetapi buat 'filing' pada gigi yang berlubang.

                                                                             (231 patah perkataan)

Karangan UPSR : Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan

                Perkataan 'bangsa' dalam kamus dewan membawa maksud kumpulan manusia dalam sesebuah negara. Kebangsaan dengan itu bererti sesuatu yang bersifat bangsa. Dalam Konteks rakyat di sesebuah negara ia mempunyai maksud yang tinggi dan mulia sebab pada hari itu rakyat di negara itu akan merayakannya dengan penuh gembira dan bangga.
                Negara kita pula merayakan hari itu pada 31 hb Ogos setiap tahun. Pada hari yang mulia itu, semua rakyat menyambutnya dengan cuti umum. Bukan sahaja kerajaan bercuti sahaja malah kedai-kedai juga dilarang berniaga pada hari itu sebagai tanda menghormati. Pada hari itu, rakyat akan mengenang jasa pahlawan yang berjuang dengan handal untuk kemerdekaan negara. Tokoh yang paling diingati oleh kita, Tunku Abdul Rahman, iaitu bapa kemerdekaan, beliau telah berjuang bersama rakan-rakan yang lain pada zaman pemerintah British selepas pendudukan Jepun sejak Perang Dunia II. Tetapi malangnya Singapura pada masa itu tidak berhasrat untuk bersatu dengan semenanjung Malaysia.
               Awal-awal pagi, kumpulan tentera berarak di padang Merdeka bersama Yang dipertuan Agung berserta Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet yang lain. Perarakan itu dilanjutkan lagi oleh wakil-wakil dari sektor kerajaan dan swasta serta murid-murid sekolah, kolej dan Insitusi pengajian tinggi. Kelihatan mercun dan bunga api dinyalakan. Bunyi itu dapat kedengaran dari jauh. Tidak ketinggalan pula tarian dari tiga bangsa utama turut dipersembakan sebagai puncak persembahan pada hari itu. Tarian Melayu, Cina dan India.