Latihan
Bahasa Melayu UPSR
Jawab
soalan karangan yang bertajuk Kesihatan Gigi.
Contoh
Jawapan soalan:
Tajuk: Kesihatan Gigi
Sihat bereti tidak sakit dalam kamus dewan. Gigi yang
sihat menjadi idaman semua orang. Fungsi utama gigi selain mengigit, mengunyah
makanan, yang lebih penting makanan yang selepas dikunyah dengan gigi jauh
lebih sedap rasanya berbanding makanan yang dikunyah oleh bahagian gusi dalam
mulut kita.
Makanan yang tinggi dengan mineral kalsium menjadikan gigi
sihat dan kuat. Bahagian berwarna putih pada gigi merupakan enamal yang
dibentuk oleh kalsium. Ikan Sardin, keju, susu, dan sayur-sayuran berwarna
hijau mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Buah-buah seperti epal hijau,
pisang, betik dan anggur pula memberi daya ketahanan tinggi kepada gigi kita.
Benda yang keras tidak digalakakn sebab makanan tersebut boleh merosakan gigi
kita. Minuman yang manis juga tidak sihat kepada gigi. Makanan ringan seperti
gula, coklat, keropok tidak menyihatkan gigi.
Doktor gigi menyeru orang ramai menggosok gigi
sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan
sebelum tidur. Lebih baik kita mengamalkan sikap mengosok gigi selepas setiap
waktu makan untuk menjaga kebersihan gigi. Sisa-sisa makanan yang tertinggal di
dalam gigi yang menjadi tempat pembiakan bakteria yang merosakan gigi. Jadi
perlulah kita berus gigi kita. Dalam pada itu, pilih berus gigi yang mempunyai
permukaan yang rata dan tidak terlalu keras atau lembut. Jangan ketinggalan
menggunakan benang 'floss' pada bahagian yang sempit atau yang tidak dapat
dicapai oleh berus gigi.
Pergi jumpa doktor gigi bila gigi sakit, dan sebaik-baiknya
jangan tampal gigi tetapi buat 'filing' pada gigi yang berlubang.
(231 patah perkataan)