Latihan : SISTEM BAHASA - Kata Kerja transitif dan Kata kerja tak transitif



Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkkan perbuatan.  Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.



(I)        Kata kerja transitif:  Memerlukan objek atau penyambut.
            Contoh : meragut , melanggar, mengikat, memasang


(ii)      Kata kerja tak transitif: Tidak memerlukan objek atau penyambut.
          Contoh : Ketawa, berlari, makan, pulang.
       


Latihan 3.1

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.


            Menggali        menulis          menangis       mendayung


1  Dia sedang ________ sepucuk surat kepada sahabat penanya yang berada di Brunei.

2  Habibah ________ teresak-esak kerana duitnya hilang.

3  Penduduk kampung Pandan _______ parit kerana hendak mengeringkan tanah-tanah paya itu.

4  Pak Fazli masih kuat _______ sampan untuk menangkap ikan di sungai walaupun dia sudah tua.



Latihan 3.2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Bot nelayan kecil itu terumabng-ambing apabila ______ombak
A  dihentam
B  dibuai
C  digoyang
D  dihempas

2  Kami ______ terbahak-bahak apabila mendengar kisah angan-angan Mat Jenin.
A  menangis
B  mengerit
C  ketawa
D  melompat

3  Budak-budak itu _______ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah mereka.
A  duduk
B  turun
C  tidur
D  lari

4  Pengetua sekolahh Azmi telah _______ makmal komputer sekolah yang baru siap dibina.
A  melancarkan
B  merasmikan
C  menggunakan
D  mengumumkan

5  Kami sekeluarga _______ di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang.
A  berpindah
B  beradu
C  berehat
D  berlatih



Jawapan

Latihan 3.1

1  Dia sedang menulis sepucuk surat kepada sahabat penanya yang berada di Brunei.


2  Habibah menangis teresak-esak kerana duitnya hilang.


3  Penduduk kampung Pandan menggali parit kerana hendak mengeringkan tanah-tanah paya itu.


4  Pak Fazli masih kuat mendayung sampan untuk menangkap ikan di sungai walaupun dia sudah tua.


Latihan 3.2

1.    A
2.    C
3.    D
4.    A
5.    C