Pelajaran dan latihan : Kata Ganti Nama Diri



Kata Ganti Nama Diri


Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.  Kata ganti nama diri terbahagi kepada:

(I)   Kata ganti nama diri pertama
            Contoh:  aku, saya , beta, patik, kami, hamba, kita.

(II)  Kata ganti nama diri kedua
            Contoh:  anda, awak, engkau, kamu, saudari, kalian


(III)                Kata ganti nama diri ketiga
Contoh:  dia, beliau, baginda, mereka, -nya.


Latihan


Gariskan kata ganti nama yang betul dalam kurungan pada ayat-ayat di bawah.

1  Sultan Alauddin Riayat Syah sangat disayangi oleh rakyat jelata kerana ( beta, beliau,  baginda) memerintah dengan adil dan saksama.

2  Saya dan Jamilah tidak pernah berkelahi.  ( Kami, Kalian, Mereka) seing mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

3  Sekiranya berminat, ( saya, anda , dia ) bolehlah mengisikan borang ini dan menghantarnya kepada pihak ( kalian, mereka, kami ) secepat mungkin.

4  Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang membuat persiapan di dewan sekolah.  ( Kita , Saya, Mereka) akan menyambut Hari Guru pada minggu hadapan.


Jawapan
1)    baginda
2)    kami
3)    anda
4)    mereka