Latihan Bahasa Melayu Tahun 6 : Tatabahasa



A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. ______ yang dipakai oleh Encik Amir diperbuat daripada kulit buaya.

      A  Tali tangsi
      B  Baju kebaya
      C  Tali pinggang
      D  Baju kurung

2. Ibu selalu mengajak saya pergi ke ______ setiap malam minggu.

      A  pasar malam
B  pasar raya
C  pasar mini
D  pasar tani

3. Datuk memelihara beberapa ekor ayam di dalam____ di belakang rumah.

A  reban ayam
B  kandang kambing
C  rumah ayam
D  rumah api

4. Perlawanan ______yang akan diadakan di padang sekolah dibatalkan kerana hujan.

A  bola keranjang
B  pingpong
C  badminton
D  bola sepak

5. kami tiba agak lewat di sekolah kerana _____yang kami naiki rosak.

A  bas ekspress
B  bas sekolah
C  bas mini
D  bas kilang

6. Di dalam bilik bacaan itu ada sebuah ____untuk kegunaan ayah.

A  meja tulis
B  alat tulis
C  meja makan
D  meja kopi

7. Ali tidak hadir ke sekolah semenjak minggu lalu kerana mendapat____.

A  baju panas
B  air panas
C  demam panas
D  berita panas

8.  Nenek saya dimasukkan ke sebuah ______ di Kuala Lumpur kerana menghidap kencing manis.
A  pusat rawatan
B  pusat pemulihan
C  pusat komuniti
D  pusat sehenti

9.  Kesesakan di Jalan Imbi pada pagi tadi adalah disebabkan _____tidak berfungsi.

A  lampu suluh
B  lampu merah
C  lampu panjang
D  lampu isyarat

10. Encik Ramu makan dua biji ubat kerana berasa ____.
A  sakit hati
B  sakit kepala
C  rumah sakit
D  sakit jiwa

Jawapan:1.C   2.A   3.A    4.D    5.B    6.A    7.C    8.A    9.D   10.B