Latihan Penanda Wacana

Latihan Penanda Wacana

Latihan 1

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.

1  “ Biarkan adik kamu menunggang basikal itu di hadapan, ______ kamu boleh mengikutinya dari belakang,” kata Puan Halimah.
A  Lagi pun
B  Kemudian
C  Di samping itu
D  Akhirnya

2  Salina pernah beberapa kali mengalami kerugian dalam menjual kuih-muih di Serdang.  _______, perkara ini tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha lebih gigh.
A  Oleh itu
B  Selepas itu
C  Di samping
D  Walau bagaimanapun

3  Encik Muthu bekerja sebagai penoreh getah, ______, dia mengambil upah memetik buah kelapa untuk menambah pendapatnya.
A  Lagi pun
B  Mungkin
C  Kalau begitu
D  Di samping itu

4  Pada pagi itu, rombongan kami singgah di kawasan rehat Rawang untuk sarapan pagi. _________, rombongan kami bertolak ke Ipoh.
A  Akhirnya
B  Lagi pun
C  Maka
D  Selepas itu

5  Budak itu semakin nakal, ________ ibu bapanya selalu menyebelahinya.
A  walau bagaimanapun
B  sehubungan dengan
C  lebih-lebih lagi
D  dengan itu

6  Suhaimi dibenarkan melancong ke negeri Jepun _________ dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
A  marah
B  kerana
C  supaya
D  sekiranya