Latihan Kata Bilangan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.
A  setiap
B  sekalian
C  separuh
D  beberapa

2  Anggota polis telah menembak mati ______ orang perompak yang merompak sebuah bank di ibu kota kota semalam.
A  segala
B  sebilangan
C  kelima
D  lima

3  Festival   makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.
A  sebahagian
B  seluruh
C  pelbagai
D  pelbagai-bagai

4  Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.
A  satu
B  kesatu
C  johan
D  pertama

5  _______ cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
A  Ribuan
B  Semua
C  Setengah-tengah
D  Berbagai-bagai

Jawapan :
1. D
2. D
3. C
4. D
5. D