Latihan Kata Adjektif 2
(Latihan Objecktif untuk Kata Adjektif)
1.
Bagi pemimpin yang _______________ bercakap,
saya kagum dengan bakat mereka dalam menyusun ayat ketika berucap seolah-olah
bait-bait perkataan terlalu mudah keluar daripada mulut mereka tanpa perlu
berfikir.
A. pandai B. suka C.
petah D. giat
2.
Saya berasa
____________ apabila berada di atas bangunan Tokyo Sky Tree yang tinggi mencakar
langit.
A.
pening B.
gayat C. penat D. sakit kepala
3.
Rambutnya yang ____________ susah hendak disikat.
A.
diikat B.
kotor C.
kusut D.
berserakan
4.
Anak itu tidur lebih
_______ apabila tempat tidurnya tenang
dan tiada gangguan bunyi.
A.
lena B. baik C.
sepi D. tenang
5.
Perut orang itu ________________ kerana terlalu banyak makan.
A.
besar B.
gemuk C. kembang D. buncit
6.
Garry Kasparov
adalah seorang pemain catur yang ___________ berstrategi untuk menipu
pelawannya. Dia berjaya memenangi Piala Dunia Catur FIDE.
A.
pandai B.
pintar C. cepat D.
kedekut
7.
Biskut yang sudah lama
disimpan itu sudah _____________ .
A. hapak B.
harum C. busuk D. kotor
8.
Telefon ___________
adalah telefon bimbit yang mempunyai kemampuan tingkat tinggi,
kadang-kadang dengan fungsi yang menyerupai komputer.
A.
pintar B. canggih C. genggam D. memori
9.
Kanak-kanak ____________ adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan
melebihi rakan sebaya atau lebih tua darinya.
A.
pandai B. pintar C. cemerlang D. gemuk
10.
Beberapa kawasan perairan negara
diramal dilanda angin ___________ dan laut bergelora selama lima hari
bermula dari hari Sabtu ini.
A.
cepat B.
kencang C. besar D. kuat
11.
Tayar motorsikalnya ______________ akibat terkena objek
tajam yang tertabur di atas jalanraya.
A.
pancit B. pecah C. bocor D.
rosak
12.
Tikar
mengkuang nenek sudah menjadi pertikaian dalam keluarga kami. Setiap kali tetamu
datang, tikar mengkuang itulah yang dibentangkan nenek. Setiap kali kami
sekeluarga datang bertandang, abah pasti berang melihat nenek membentangkan
tikar mengkuang. Kata abah, tikar itu sudah _________ , patut dibuang. Nenek
membantah. Ujar nenek, usah dibuang tikar mengkuang. Biarpun buruk, nenek amat
sayang. Kata nenek, tikar itu tinggalan moyang. Jasanya sudah terbilang.
A. rosak B.
usang C.
pancit E. pecah
13.
Jemurkan bantal dan tilam usang yang
___________ itu.
A. hapak B.
harum C. busuk D. kotor
14.
Untuk menghilangkan bau
____________ ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah
ditumbuk pada tangan.
A. busuk B.
kotor C.
harum D. hanyir