Latihan Nilai Murni (Bahagian C) dengan Contoh Jawapan

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah :

Contoh :
Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Huraian Nyatakan nilai murni :

  • Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah.
  • _______________

  • Raju akan menggosok giginya sebelum tidur
  • _______________

  • Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah.
  • _______________

  • Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung.
  • _______________

  • Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.
  • _______________

  • Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
  • _______________

  • Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.
  • _______________

  • Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,
  • _______________

  • Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. 
  • _______________

  • Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
  • _______________



Jawapan :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. membantu
Raju akan menggosok giginya sebelum tidur menjaga kebersihan diri
Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. berdisiplin / bertatatertib 
Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. berjimat-cermat 
Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. menjaga keselamatan diri
Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik 
Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. berdikari
Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, berterima kasih / bersyukur
Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu.  berkerjasama
Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. rajin