Gariskan kata berimbuhan yang betul. (16%)
1. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3. Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila persembahan di pentas itu tamat.
4. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5. Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi.
6. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______ (berputus / terputus) asa.
7. Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan bola keranjang sekolahnya.
8. Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila beritahu guru kelas.
Jawapan : 1. bermain, 2. mencuci, 3. penonton, 4. ditanam, 5. meminati, 6. berputus, 7. dilantik, 8. lawatan