Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)
kelabu kemas suam bersih mesra berani indah sayang
1. Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .
2. Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3. Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4. Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5. Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .
6. Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7. Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8. Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.
Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang