BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 1

 Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul. (10%)

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.
      Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.
      Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi bersih dan cantik.



  1. Di manakah Jia Jia tinggal ?
    1. Taman Damai
    2. Taman Aman
    3. Taman Sentosa

  1. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?
    1. Pada hari Ahad yang lalu.
    2. Pada hari Sabtu yang lalu.
    3. Pada hari Selasa yang lalu.

  1. Siapakah yang berehat di kerusi ?
    1. Nenek
    2. Datuk
    3. Ibu

  1. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?
    1. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.
    2. Menyiram bunga dan memotong rumput
    3. Mencuci longkang dan mengelap tingkap

  1. Mengapakah mereka berasa gembira ?
    1. Kerana halaman rumah mereka kotor.
    2. Kerana halaman rumah mereka besar.
    3. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.