Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)
1. ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2. Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3. Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4. ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5. Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.
6. (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7. Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).
8. Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.
Jawapan :
1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8. satu