Latihan Nilai Murni

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

        
           Andy seorang murid Tahun Enam. Kehidupan keluarganya agak susah.  Ini adalah kerana bapa Andy hanya seorang buruh kasar.  Dia terpaksa menyara keluarga Andy yang seramai lima orang.  Walau bagaimanapun kehidupan mereka bahagia.
            Pada suatu hari,  Andy berjalan kaki pulang dari sekolah.  Tiba-tiba Andy ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong kerana beg tangannya diragut.  Andy yang berada tidak jauh dari situ   berusaha menolong wanita itu walaupun menyedari dia sukar mengalahkan kekuatan pemuda yang bermotosikal itu.
            Akhirnya Andy ditolak oleh pemuda yang meragut beg tangan wanita itu.  Andy gagal mendapatkan semula beg tangan wanita itu.




Jawapan :
            Nilai-niali murni yang saya peroleh daripada petikan di atas ialah kehidupan tetap bahagia walaupundaripada keluarga susah.  Kita hendaklah sanggup menolong walaupun masih kanak-kanak dan sanggup berjalan kaki untuk ke sekolah kerana ingin menjadi orang yang berilmu.  Kita tidak perlu gentar atau takut apabila mendengar orang menjerit secara tiba-tiba dan perlu berani bertindak walaupun sedar keupayaan diri tidak seberapa.



Latihan Karangan 1

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1  Tuliskan sepucuk surat kepada rakan lama kamu dengan menceritakan persiapan yang kamu buat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

ATAU

2  Kamu telah deman, oleh itu kamu mendapatkan rawatan daripada seorang doktor di sebuah klink.  Tuliskan perbualan antara kamu dengan doktor tersebut.

ATAU

3  Kamu telah menyaksikan kejadian ragut, nyatakan langkah-langkah yang patut kamu ambil.


Jawapan :

Soalan 1
Pendahuluan:
-alamat pengirim dan tarikh
Isi-isi penting:
-bertanya khabar
-menghadiri kelas tambahan
-menghadiri kem motivasi
-membuat ulang kaji bersama rakan
-membuat ulang kaji di rumah
Penutup:
-harap mendapat kejadian yang cemerlang
-tandatangan

Soalan 2
Pendahuluan:
-menyatakan sakit apa
Isi-isi penting:
-tempoh menghidapi sakit tersebut
-nyatakan akibat daripada penyakit yang dihidapi-tidak dapat tidur dan sebagainya.
-minta pandangan doktor untuk mengatasi-makanan dan cara-cara lain.
Penutup:
-nasihat doktor

Soalan 3
Pendahuluan:
-tempat, maa, keadaan ketika kejadian
Isi-isi penting:
-keadaan orang yang diragut seperti menjerit
-mengejar pergaut tetapi gagal
-menghampiri wanita itu memintanya bersabar
-ajak ke balai polis untuk buat laporan
-hantar wanita itu pulang
Penutup:
-meminta wanita itu berhati-hati