Latihan
Imbuhan
Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam
ayat.
1. _____________ (tulis)
yang terkenal itu sepupu saya.
2. Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya
di Amerika.
3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.
4. Rumah Ali _____________________
(letak) di atas bukit.
5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala
angin.
6.
Anda seharusnya tahu kalau sebuah
planet berukuran sangat besar ________________ (dekat) Bumi.
7.
__________________________ (pamer) itu
akan diadakan selama sebulan.
8.
Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu.
9.
Ali ______________________ (pamer)
hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.
10.
______________________ (latih) yang
diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.
11.
Budak-budak itu sedang
____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil.
12.
Untuk mahir bersilat kita perlu _______________
(latih).
13.
Jurulatih itu __________________
(latih) pasukan keranjang sekolah saya.
14.
Abang saya sedang menyiapkan
___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.
15. Pelajar
dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat
sebarang masalah.
16. Bapa
saya menerima ______________ (rawat) di
klinik kesihatan.
17. Doktor
itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat.
18. Kos
____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara
RM40,000 hingga RM300,000.
Jawapan : 1. Penulis, 2. Menulis, 3. Letakkan, 4. Terletak,
5. Dekati, 6. Mendekati, 7. Pameran,
8. Pamerkan, 9. Memamerkan, 10. Latihan,
11. Berlatih, 12, berlatih, 13. Melatih, 14. Tugasan,
15. Bertugas, 16.
Rawatan, 17. Merawat, 18. rawatan,