Latihan Kata Seru

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !

A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah


2._________! Sakitnya perut saya!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah


3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!
A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah


4._________, cantiknya bunga ini!
A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai


5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!
A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah


6._________, begini caranya membuat kek lapis.
A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh


7._________, engkau telah berjaya!
A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah


8._________, perempuan yang tidak tahu malu!
A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi


9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai


10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!
A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas

BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)

berapakah       mengapakah      apakah         siapa    bilakah                 bagaimanakah       mana

1.      ______________________  dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?
2.      _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3.      _______________________  Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5.      Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6.      Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7.      ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?

Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah