Tahun 4,5,6 : Soalan-soalan Objektif Kata Hampir Sama Makna

Kata Hampir Sama Makna

Tahun 4,5,6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kami terpaksa keluar makan kerana nasi yang ditanak oleh emak sudah ______.
A hapak
B busuk
C rosak
D hangit

2 Lori itu ______ dengan barang-barang.
A penuh
B sendat
C rapat
D lekat

3 Anak bongsunya _____ ketika mereka sedang membeli-belah di pasar raya.
A luput
B musnah
C pupus
D hilang

4 Air yang diletakkan dalam peti sejuk ______ setelah beberapa jam.
A beku
B keras
C padu
D kembang

5 Badan Pak Cik Rashid semakin hari semakin ______.
A mencong
B senget
C bongkok
D bengkok

6 Puan Kamala sedang sibuk ______ air di laut.
A menjerang
B merebus
C menanak
D memanggang

7 Ayam jantan itu _____ cacing di belakang rumah.
A menelan
B mengunyah
C menggigit
D mematuk

8 Kerja-kerja _______ getah dilakukan oleh Pak Rusdi pada awal pagi setiap hari.
A menakik
B menoreh
C menyiang
D mengopek

9 Pemuda itu ______ tas tangan Puan Lee.
A memegang
B memungut
C meragut
D mengambil

10 Puan Lai _____ pokok bunga itu dengan air supaya kelihatan segar.
A merenjis
B menuang
C merendam
D menyiram

11 Lucy _____ pipi emak sebelum pergi ke sekolah pada setiap pagi.
A menyedut
B menghirup
C menghisap
D mencium

12 Pekerja- pekerja restoran itu ______ tepung untuk membuat kuih.
A mengisar
B menumbuk
C menguli
D melumatkan

13 Kakak membantu ayah ______ tingkap kereta yang masih basah itu.
A menggilap
B mengemop
C menyeterika
D menggelap

14 Emak ______ daging ayam dengan sebilah pisau yang tajam.
A menebas
B mengopek
C mencencang
D menyabit

15 Budak itu  _______ basikal yang rosak pulang ke rumahnya.
A menarik
B menunda
C menyorong
D menuntun

16 Kura-kura itu _______ dengan lambat.
A merangkak
B mendaki
C merayap
D memanja

17 Lee terjatuh kerana dahan pokok rambutan yang dipijaknya _______
A patah
B lumat
C pecah
D sumbing

Jawapan
1D
2A
3D
4A
5C
6A
7D
8B
9C
10A
11D
12C
13D
14C
15D
16A
17A

Contoh Karangan Sekolah Rendah : Kesan-kesan Gejala Vandalisme

                                Kesan-kesan Gejala Vandalisme


      Gejala bermaksud perbuatan atau kelakuan yang tidak diingini. Gejala  Vandalisme pula berereti perbuatan merosakan kemudahan atau harta benda awam iaitu orang ramai.

      Pertamanya kelakuan ini menyebabkan imej negara rosak sebab memberi pandangan yang tidak baik kepada orang luar.  

      Keduanya,  pihak-pihak berkaitan seperti sekolah akan menanggung kerugian pada meja atau kerusi yang diconteng oleh pelajar-pelajar.  Pondok Telefon yang dirosakkan oleh pelajar pula menyebabkan kerajaan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk memperbaikinya.


      Pandangan masyarakat terhadap pelajar tidak baik sebab pelajar yang melakukan vandalisme selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak menyayangi harta benda.