LATIHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1-3

Padankan kata-kata di bawah berdasarkan bermaksud yang diberikan di bawah.


a. Menahan gula-gula di dalam mulut
b. aliran air yang deras
c. meneguk atau menelan air banyak-banyak
d. pelajaran yang diberikan secara lisan oleh mahaguru di universiti atau kolej
e. suara yang sederhana
f. tidak boleh dimasuki air
g. beratus-ratus tahun
h. terjun ke dalam air
I. pendapat bahawa setiap tindakan adalah didorong oleh kepentingan diri sendiri
j. tinggi pangkat

  1. berabad-abad
  2. kuliah
  3. kulum
  4. bariton
  5. kalis
  6. mulia
  7. cebur
  8. cegar
  9. egoisme
  10. gogok

Jawapan
  1. g 2.d 3.a 4.e 5.f 6. h 7. I 8.b 9.j 10. c

Isikan tempat kosong dengan kata-kata diberi di atas:-

  1. Barang antik kepunyaan Encik Chai sudah ____________ lamanya.
  2. Dia sekarang __________ di Universiti Pertanian Malaysia di Serdang.
  3. Dia ___________ sebiji gula-gula dalam mulutnya sambil bercakap.
  4. Dalam nyanyian paduan suara, saya mengambil pernan sebagai ________.
  5. Kertas _______ itu sesuai untuk membungkus makanan.
  6. Yang _____ Gabenor Melaka akan merasmikan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
  7. Amin ________ ke dalam kolam.
  8. Air di sungai itu mengalir dengan _______.
  9. Fahaman ________ hendaklah dikikis dari sifat dan fikiran kita.
  10. Kerana terlalu halus, dia pun _______ tidak berhenti-henti.
Jawapan
  1. berabad
  2. berkuliah
  3. mengulum
  4. bariton
  5. kalis
  6. mulia
  7. mencebur
  8. cegar
  9. egoisme
  10. menggogok

Esei Tingkatan 1- 3 : Kesan-kesan gejala vandalisme

Esei Tingkatan 1- 3

                                Kesan-kesan gejala vandalisme


      Gejala bermaksud perbuatan atau kelakuan yang tidak diingini. Gejala  Vandalisme pula berereti perbuatan merosakan kemudahan atau harta benda awam iaitu orang ramai.

      Pertamanya kelakuan ini menyebabkan imej negara rosak sebab memberi pandangan yang tidak baik kepada orang luar.  

      Keduanya,  pihak-pihak berkaitan seperti sekolah akan menanggung kerugian pada meja atau kerusi yang diconteng oleh pelajar-pelajar.  Pondok Telefon yang dirosakkan oleh pelajar pula menyebabkan kerajaan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk memperbaikinya.

      Pandangan masyarakat terhadap pelajar tidak baik sebab pelajar yang melakukan vandalisme selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak menyayangi harta benda.