BM Tahun 4 : Latihan Kata Adjektif 2


Latihan Kata Adjektif  2


(Latihan Objecktif untuk Kata Adjektif)





1.       Bagi pemimpin yang _______________ bercakap, saya kagum dengan bakat mereka dalam menyusun ayat ketika berucap seolah-olah bait-bait perkataan terlalu mudah keluar daripada mulut mereka tanpa perlu berfikir.



A.      pandai          B. suka                 C. petah               D. giat



2.       Saya berasa ____________ apabila berada di atas bangunan Tokyo Sky Tree yang tinggi mencakar langit.



A.    pening             B. gayat           C. penat          D. sakit kepala







3.       Rambutnya yang ____________  susah hendak disikat.



A.      diikat                     B. kotor                                C. kusut                                D. berserakan



4.       Anak itu tidur lebih _______  apabila tempat tidurnya tenang dan tiada gangguan bunyi.



A.      lena                       B. baik                   C. sepi                   D. tenang





5.       Perut orang itu ________________  kerana terlalu banyak makan.



A.      besar                     B. gemuk             C. kembang        D. buncit



6.       Garry Kasparov adalah seorang pemain catur yang ___________ berstrategi untuk menipu pelawannya. Dia berjaya memenangi Piala Dunia Catur FIDE.



A.      pandai                  B. pintar               C. cepat                                D. kedekut



7.       Biskut yang sudah lama disimpan itu sudah _____________ .

A.      hapak                    B. harum              C. busuk               D. kotor



8.       Telefon ___________  adalah telefon bimbit yang mempunyai kemampuan tingkat tinggi, kadang-kadang dengan fungsi yang menyerupai komputer.



A.      pintar                    B. canggih            C. genggam        D.  memori



9.       Kanak-kanak ____________   adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan melebihi rakan sebaya atau lebih tua darinya.  



A.      pandai                  B. pintar               C. cemerlang      D. gemuk



10.   Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin ___________ dan laut bergelora selama lima hari bermula dari hari Sabtu ini.



A.    cepat               B. kencang      C. besar          D. kuat



11.   Tayar motorsikalnya ______________ akibat terkena objek tajam yang tertabur di atas jalanraya.



A.   pancit              B. pecah          C. bocor          D. rosak



12.   Tikar mengkuang nenek sudah menjadi pertikaian dalam keluarga kami. Setiap kali tetamu datang, tikar mengkuang itulah yang dibentangkan nenek. Setiap kali kami sekeluarga datang bertandang, abah pasti berang melihat nenek membentangkan tikar mengkuang. Kata abah, tikar itu sudah _________ , patut dibuang. Nenek membantah. Ujar nenek, usah dibuang tikar mengkuang. Biarpun buruk, nenek amat sayang. Kata nenek, tikar itu tinggalan moyang. Jasanya sudah terbilang.



A.     rosak                      B. usang                                C. pancit                                E.  pecah



13.   Jemurkan bantal dan tilam usang yang ___________  itu.



A.      hapak                    B. harum              C. busuk               D. kotor



14.   Untuk menghilangkan bau ____________   ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.



A.      busuk                    B. kotor                                C. harum              D. hanyir






Latihan Nilai Murni (Bahagian C) dengan Contoh Jawapan

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah :

Contoh :
Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Huraian Nyatakan nilai murni :

  • Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah.
  • _______________

  • Raju akan menggosok giginya sebelum tidur
  • _______________

  • Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah.
  • _______________

  • Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung.
  • _______________

  • Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.
  • _______________

  • Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
  • _______________

  • Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.
  • _______________

  • Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,
  • _______________

  • Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. 
  • _______________

  • Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
  • _______________



Jawapan :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah. membantu
Raju akan menggosok giginya sebelum tidur menjaga kebersihan diri
Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah. berdisiplin / bertatatertib 
Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung. berjimat-cermat 
Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan. menjaga keselamatan diri
Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik 
Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri. berdikari
Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya, berterima kasih / bersyukur
Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu.  berkerjasama
Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. rajin