( Berdasarkan Format
Peperiksaan UPSR Terkini)
Unit 8 Perubatan Tradisional
A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
1 _____ yang dipakai oleh Encik Amir diperbuat daripada
kulit buaya.
A Tali tangsi
B Baju kebaya
C Tali pinggang
D Baju kurung
2 Ibu selalu mengajak saya pergi ke ______
setiap malam minggu.
A pasar malam
B pasar raya
C pasar mini
D pasar tani
3 Datuk memelihara beberapa ekor ayam di dalam ____
di belakang rumah.
A reban ayam
B kandang kambing
C rumah ayam
D rumah api
4 Perlawanan ____ yang akan diadakan di padang
sekolah dibatalkan kerana hujan.
A bola keranjang
B pingpong
C badaminton
D bola sepak
Soalan 5 berdasarkan gambar di
bawah.
5 Kami
tiga agak lewat di sekolah kerana ____ yang kami naiki rosak.
A bas ekspres
B bas sekolah
C bas mini
D bas kilang
6 Di dalam bilik bacaan itu ada sebuah ____
untuk kegunaan ayah.
A meja tulis
B alat tulis
C meja makan
D meja kopi
7 Alia tidak hadir ke sekolah semenjak minggu
lalu kerana mendapat ______ .
A baju panas
B air panas
C demam panas
D berita panas
8 Nenek
saya dimasukkan ke sebuah _____ di Kuala Lumpur kerana menghidap kencing
manis.
A pusat rawatan
B pusat pemulihan
C pust komuniti
D pusat sehenti
9 Kesesakan di Jalan Imbi pada pagi tadi adalah
disebabkan _____tidak berfungsi.
A lampu suluh
B lampu merah
C lampu panjang
D lampu isyarat
10 Encik Ramu makan dua biji
ubat kerana berasa ________.
A sakit hati
B sakit kepala
C rumah sakit
D sakit jiwa
11 Pada setiap pagi, datuk akan bersarapan di
sebuah _______.
A kedai basikal
B kedai lampu
C kedai kopi
D kedai runcit
12 Rahim menggantungkan ____ yang baru dibelinya
di ruang tamu.
A jam dinding
B jam tangan
C jam randik
D jam loceng
B Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
Nota Untuk Imbuhan
Pinjaman:-
|
Imbuhan Pinjaman
|
Keterangan
|
maha-
|
Paling atau tahap terbesar, tertinggi atau teragung
|
tata-
|
susunan atau peraturan
|
pra-
|
sebelum
|
-wati.
-nita
|
digunakan untuk
membentuk kata nama orang perempuan
|
-wan
-man
|
pelaku sesuatu pekerjaan, tugas atau perbuatan
|
juru-
|
Orang yang mempunyai
keahlian dalam sesuatu perkara
|
1 Kakak saya digelar sebagai _______ semenjak
melanjutkan pelajaran di universiti.
A maharani
B mahasiswa
C maharaja
D mahasiswi
2 Cikgu Rohana mengajar ______ bahasa Malaysia
kepada murid-murid di dalam kelas tahun Enam Jujur.
A tatabahasa
B tatasusila
C tatatertib
D tatacara
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Beberapa orang ______ sedang mengayakan
pakaian tradisional masyarakat Cina.
A seniati
B olahragawan
C peragawati
D peragawan
4 Adik saya yang berumur enam tahun itu belajar
di ______.
A prauniversiti
B prasekolah
C prasangka
D prakata
5 Amira menegur murid yang membuat bising
kerana dia merupakan seorang ______.
A cendekiawan
B wartawan
C pustakawan
D hartawan
6 Kebanyakan manusia pada zaman ______ tinggal
di dalam gua.
A prasejarah
B pramoden
C prasangka
D prasyarat
7 Kumpulan _____ itu tiba di Myanmar untuk
memberikan bantuan kecemasan.
A olahragawati
B seniwati
C peragawati
D sukarelawati
8 Isteri Encik Amir bekerja sebagai seorang
______ di Hospital Kuala Lumpur.
A jurugambar
B jururawat
C jurukumpal
D jurutera
9 Pelancong yang datang ke situ telah diberikan
penerangan oleh seorang _______.
A jurupulih
B karyawanita
C jurupandu
D usahawanita
10 Pegawai itu mengarahkan
seorang _______ untuk memeriksa akaun syarikatnya.
A juruwang
B juruaudit
C jurusolek
D jurukkamera
11 Suara ______ yang lunak itu
menjadi pujaan peminat-peminatnya.
A seniman
B budiman
C jutawan
D peragawan
12 Beberapa orang _____ sedang
menemu ramah Perdana Menteri.
A sukarelawati
B seniwati
C hartawan
D wartawan
C Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada isteri dan anak- anak yang memberikan dorongan dan sokongan sehingga
saya dapat menyiapakn buku tentang rawatan akupuntur ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan
saya, iaitu Tabib Tan, Tabib Leong,
Tabib Mah, Tabib Yap yang turut menyumbangkan idea untuk merealisasikan1
hasrat saya ini.
Tujuan saya menerbitkan buku ini adalah untuk
memperkenalkan rawatan akupunktur yang saya warisi daripada datuk saya. Saya harap selepas membaca buku ini, masyarakat
akan memahami dan tidak memandang rendah rawatan tradisional. Sesungguhnya, rawatan tradisional telah bersemadi2 dan sebati dalam
jiwa kita kerana rawatan ini wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Buku ini juga saya hasilkan dengan tujuan untuk membantu
pengamal-pengamal perubatan yang lain dalam membandingkan teknik dan
hasil yang saya peroleh melalui kaedah rawatan saya. Dengan ini, kita akan dapat memperbaiki
kelemahan dan memantapkan3
lagi kaedah yang diamalkan
tadi. Maka, rawatan akupunktur ini akan
menjadi berjaya dan dipercayai oleh semua orang.
Diharap juga buku
ini akan dapat membantu pengkaji perubatan atau ahli sains untuk menjalankan
kajian. Dengan kajian ini nanti, kita
akan membantu pesakit-pesakit mendapatkan rawatan. Matlamat dan tujuan kita adalah sama dan
jelas. Kita tidak sampai hati melihat
pesakit yang kita rawat terus menderita.Oleh itu, wajarlah buku ini menjadi
satu titik tolak untuk membantu mereka meneruskan hidup dengan lebih bermakna
lagi.
Akhir kata, saya berharap agar buku ini akan dapat menangkis4
tohmahan5 yang menyelubungi masyarakat tentang akupunktur. Sesungguhnya, akupunktur ialah rawatan alternatif6
yang telah wujud sejak zaman nenek moyang dahulu. Rawatan ini perlu dikekalkan agara generasi
akan datang dapat memahaminya.
Yang benar,
Tabib Hue
1)
merealisasikan: to realize
2)
bersemadi: external
3)
memantapkan: to consolidate
4)
menangkis: to refute
5)
tohmahan: suspicious
6)
alternatif: alternative
|
1 Mengapakah buku mengenal rawatan akupunktur
ini diterbitkan?
A Supaya masyarakat dapat mengamalkan rawatan
ini.
B Supaya masyarakat memahami dan tidak
memandang rendah.
C Supaya masyarakat dapat menambah pendapatan.
D Supaya penulis dapat membuka pusat rawatan
akupunktur.
2 Apakah kegunaan buku ini kepada para ahli
sains?
A Dapat membandingkan teknik rawatan.
B Dapat digunakan apabila merawat pesakit.
C Dapat digunakan untuk bahan bacaan masa
lapang.
D Dapat membuat kajian bagi membantu pesakit
agar sembuh.
3 Yang berikut adalah pernyataan yang benar
tentang petikan kecuali
A keluarga penulis yang memberikan dorongan dan
sokongan.
B penulis mewarisi kaedah rawatan daripada
datuknya.
C rawatan akupunktur telah wujud sejak
beratus-ratus tahun dahulu.
D penulis ingin membantu merawat pesakit.
4 Apakah harapan penulis?
A Buku ini dapat menangkis tohmahan daripada
masyarakat.
B Buku ini akan dapat dijual dengan begitu
laris.
C Buku ini dapat membuat pengamal perubatan
lain cemburu.
D Buku ini dapat membantu para doktor merawat
pesakit.
5 Perkataan teknik dalam petikan
bermaksud
A kaedah
B kemahiran
C kepandaian
D keterampilan
D Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
1 Siapakah yang menemani kamu pergi ke pesta
buku semalam?
A Saya pergi ke pesta buku itu untuk menemani
ibu saya.
B Saya pergi ke pesta buku ini semalam dengan
berjalan kaki.
C Saya ditemani ibu semasa pergi ke pesta buku
itu semalam.
D Semalam, saya menemani ibu pergi ke pesta
buku.
2 Ada berapa ekor ikan di dalam akuarium itu?
A Tiga ekor ikan telah mati di dalam akuarium
itu.
B Di dalam akuarium itu ada tiga ekor ikan.
C Ada tiga buah akuarium ikan di situ.
D Tiga buah akuarium ikan itu diletakkan di
situ.
3 Aryan, bolehkah kamu tolong asahkan pisau
itu?
A Benar, Aryan sangat pandai mengasah pisau.
B Ya, Aryan telah mengasah pisau itu.
C Boleh, tolong ambilkan pengasah di atas rak
itu.
D Memang benar, Aryan pandai mengasah pisau
itu.
E Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
di bawah.
KERTAS
SOALAN TAMAT
Jawapan Unit 8 Perubatan
Tradisional
Bahagian A
1)
C
2)
A
3)
A
4)
D
5)
B
6)
A
7)
C
8)
A
9)
D
10)
B
11)
C
12)
A
Bahagian B
1)
D
2)
A
3)
C
4)
B
5)
C
6)
A
7)
D
8)
B
9)
C
10)
B
11)
A
12)
D
Bahagian C
1)
B
2)
D
3)
C
4)
A
5)
A
Bahagian D
1)
C
2)
B
3)
C
Bahagian E
1)
Jururawat sedang mendaftarkan pesakit yang
hendak berjumpa dengan tabib.
2) Seorang tabib memberi arahan kepada jururawat yang sedang bertugas.
3)
Beberapa orang membaca suratkhabar untuk
mengisi masa sambil menunggu giliran mereka.
4)
Seorang tua sedang berjalan mencari tempat
duduknya.
5)
Orang ramai sedang berbual-bual sambil menemani
keluarga mereka.