Tahun 6 LATIHAN 11 - SOALAN KATA GANDA PENUH

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


21  _______ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.
A  Mana-mana C  Cara-cara
B  Siapa-siapa D  Aksi-aksi

22  Dalam _______ , rupa-rupanya Adli membeli sebuah rumah banglo untuk keluarganya.
A  dengar-dengar C  malu-malu
B  dekat-dekat D  diam-diam

23  Pak   Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.
A  mentah-mentah C  pekat-pekat
B  masam-masam D  cantik-cantik

24  Buah-buahan mengandungi _______ yang penting kepada tubuh badan kita.
A  langkah-langkah C  ciri-ciri
B  wakil-wakil D  zat-zat

25  _______  yang dijual di pasar borong itu murah dan segar.
A  Buku-buku C  Lauk-lauk
B  kuih-kuih D  Ikan-ikan

26  Saya berasa kasihan melihat kebanyakan mangsa peperangan yang ______ itu.
A  kurus-kurus C  sihat-sihat
B  bulat-bulat D  nipis-nipis


Jawapan
21D 22D 23C 24D 25D 26A

Tahun 6 LATIHAN 10 - KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR


Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai :


11  ______ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.
A  Siang-siang C  Tahu-tahu
B  Asyik-asyik D  Tiap-tiap

12   Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.
A  sedikit-sedikit C  nipis-nipis
B  turun-turun D  laris-laris

13  Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan oleh ______ perubatan di Institut Jantung Negara.
A  pakar-pakar C  handal-handal
B  hebat-hebat D  wakil-wakil

14  “ ________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita,”  kata Farid kepada Kelvin.
A  Mentang-mentang C  Harap-harap
B  Kadang-kadang D  Moga-moga

15  Cikgu Linda menulis _______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.
A  gambar-gambar C  tajuk-tajuk
B  abjad-abjad D  kira-kira

16  Di dalam cahaya yang ______ itu, dia melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.
A  sedikit-sedikit C  pudar-pudar
B  samar-samar D  kelip-kelip

17 Penyanyi itu menyampaikan lagu yang ______ untuk menghiburkan para penonton.
A  rendah-rendah C  terang-terang
B  rancak-rancak D  pelik-pelik

18  Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______ yang dibina di halaman rumahnya.
A  papan-papan C  para-para
B  ruang-ruang D  rak-rak

19  Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.
A  garang-garang C  kasar-kasar
B  lincah-lincah D  licin-licin

20  Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.
A  murah-murah C  mahal-mahal
B  cantik-cantik D  baru-baru

Jawapan
11D 12B 13A 14A 15C 16B 17C 18B 19B 20C

Tahun 6 LATIHAN 9 : KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Ivy,  Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.
A  kakak-kakak C  guru-guru
B  rakan-rakan D  jiran-jiran

2  Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
A  cukup-cukup C  moga-moga
B  tegap-tegap D  kuat-kuat

3  Adik makan  asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
A  sembunyi-sembunyi C  sekat-sekat
B  gelap-gelap D  jauh-jauh

4  Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun April nanti.
A  padat-padat C  genap-genap
B  nyaris-nyaris D  bulat-bulat

5  ________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.
A  Macam-macam C  Siapa-siapa
B  Masing-masing D  Rata-rata

6  Buku yang dimiliki oleh Kok Seng  ______belaka.
A  keras-keras C  tebal-tebal
B  kasar-kasar D  nipis-nipis

7  Badan saya _______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
A  lembik-lembik C  carik-carik
B  gemuk-gemuk D  sakit-sakit

8  Dia menatap  gambar ibu yang dirindui itu _______.
A  lambat-lambat C  lama-lama
B  hampir-hampir D  jelas-jelas

9  Saya ______ untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.
A  susah-susah C  agak-agak
B  takut-takut D  cuba-cuba

10  Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______ belaka.
A  comel-comel C  cantik-cantik
B  panas-panas D  pahit-pahit


Jawapan
1B 2 C 3A 4C 5D 6C 7D 8C 9D 10B

Tahun 6 LATIHAN 8 : KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR 7

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Rafiq tidak dapat melupakan _______ dia menerima Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
A  masa-masa C  saat-saat
B  minit-minit D  tahu-tahu

2  Setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi  _________ yang ditetapkan oleh kerajaan.
A  langkah-langkah C  garis-garis
B  undang-undang D  cara-cara

3  _________ saya dapat menyiapkan karangan ini dalam masa yang ditetapkan.
A  Sungguh-sungguh C  Harap-harap
B  Mudah-mudah D  Takut-takut

4  Haiwan yang digunakan dalam pertunjukan sarkas itu _______ belaka.
A  cerdik-cerdik C  jinak-jinak
B  lembut-lembut D  lawa-lawa

5  Cikgu Natrah menegur murid yang suka _______ sewaktu beliau sedang mengajar.
A  lembik-lembik C  malu-malu
B  main-mian D  jauh-jauh

6   CikgunAngeline menyusun ______ yang akan disampaikan kepada para pemenang di atas meja.
A  kemas-kemas C  kotak-kotak
B  hadiah-hadiah D  piala-piala

7  Ayah mengasah pisau yang ________ itu supaya tajam.
A  tumpul-tumpul C  kasar-kasar
B  putus-putus D  lekuk-lekuk

8  “Jangan fikir yang ______ tentang kolej itu,” nasihat ayah kepada saya.
A  tenang-tenang C  entah-entah
B  bukan-bukan D  takut-takut

9  Perserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan catur itu _______ belaka.
A   handal-handal C  lincah-lincah
B  cergas-cergas D  kuat-kuat

10  Kebanyakan orang Eropah mempunyai hidung yang ______.
A  mancung-mancung C  panjang-panjang
B  runcing-runcing D  tajam-tajam


Jawapan
1B 2B 3C 4C 5D 6B 7A 8B  9A 10A

Tahun 6 LATIHAN 7 - SOALAN OBJEKTIF KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai :


1  Alat mainan itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana sudah _______.
A  tanggal-tanggal C  herot-herot
B  koyak-koyak D  robek-robek

2  Soalan yang terdapat dalam buku latihan itu ________ belaka.
A  hampir-hampir C  tajam-tajam
B  susah-susah D  bulat-bulat

3  Adam ________ tergelincir semasa melalui jalan yang licin itu.
A  pandai-pandai C  dekat-dekat
B  nyaris-nyaris D  rasa-rasa

4  Suhana terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Geetha secara _______.
A  nyaring-nyaring C  kuat-kuat
B  tinggi-tinggi D  tiba-tiba

5  ________ yang terdapat pada Jalur Gemilang itu melambangkan jumlah negeri di Malaysia.
A  Warna-warna C  Garis-garis
B  corak-corak D  Jalur-jalur

6  Penduduk kampung merayu agar Jabatan kerja Raya menurap jalan yang ______ itu dengan segera.
A  dekat-dekat C  lekuk-lekuk
B  tajam-tajam D  lama-lama

7  Datuk makan pil yang diberi oleh doktor itu ________.
A  sendiri-sendiri C  sekali-sekali
B  sering-sering D  satu-satu

8  Kakak _______ untuk mencuba produk kecantikan yang terbaru di pasaran itu.
A  nyaris-nyaris C  tawar-tawar
B  dekat-dekat D  ragu-ragu

9  “Sudah lama Vincent tidak menghubungi kita,  ___________ dia tidak sihat,”  kata Haikal kepada Anand.
A  jarang-jarang C  harap-harap
B  bukan-bukan D  entah-entah

10  Rafiq tidak dapat melupakan _______ dia menerima Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
A  masa-masa C  saat-saat
B  minit-minit D  tahu-tahu

Jawapan
1A 2B 3B 4D 5D 6C 7D 8D 9D 10C

Tahun 6 LATIHAN OBJEKTIF 5 - KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.
A  pedas-pedas C  gula-gula
B  paru-paru D  guli-guli

2  Nenek menyediakan makanan yang _______ setiap kali kami pulang ke kampung.
A  penuh-penuh C  enak-enak
B  cantik-cantik D  lauk-lauk

3  Adik berlari _________ mendapatkan ayah yang baru pulang dari kerja.
A  kedek-kedek C  kelek-kelek
B  lincah-lincah D  lama-lama

4  Cadangan saya untuk menambah kolam ikan di tman sains ditolak  _________ oleh guru besar.
A  mentah-mentah C  masing-masing
B  masak-masak D  molek-molek

5  “  __________ bekalan air di kampung ini terputus selama beberapa hari,” kata salah seorang penduduk kepada wartawan.
A  kadang-kadang C  jangan-jangan
B  lambat-lambat D  jarak-jarak

6  Pertandingan memasak makanan tradisional ________ kali diadakan di kawasan perumahan saya.
A  lapang-lapang C  lama-lama
B  jarang-jarang D  satu-satu

7  Ayah memandu kereta dengan ________ untuk mengelakkan kemalangan.
A  henti-henti C  lama-lama
B  jarak-jarak D  hati-hati

8  Irine tidak ______ bercerita tentang pengalamannya melancong ke luar negara.
A  masak-masak C  cukupcukup
B  lancar-lancar D  habis-habis

9  Petani itu meletakkan __________ di sawahnya untuk menakut-nakutkan burung.
A  bunga-bunga C  kayu-kayu
B  orang-orang D  para-para

10  Kita perlu berfikir _________ sebelum membuat sebarang keputusan.
A  masak-masak C  tajam-tajam
B  penuh-penuh D  tebal-tebal

Jawapan
1C 2C 3A 4A 5A 6C 7D 8D 9B 10A

Tahun 6 LATIHAN 6 - KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Alice masih _________menyampaikan sajak di atas pentas walaupun sudah berlatih berulang kali.
A  lembut-lembut C  terang-terang
B  malas-malas D  malu-mlau

2  Maryam __________ di ruang tamu rumahnya sambil melipat pakaian.
A  bangun-bangun C  duduk-duduk
B  baring-baring D  main-main

3  Juliana gemar memakai pakaian yang berwarna ________.
A  garang-garang C  segar-segar
B  mahal-mahal D  nipis-nipis

4  Hujan yang turun ________ tidka menghalang mereka untuk terus bermain bola sepak di padang.
A  jarang-jarang C  putus-putus
B  renyai-renyai D  halus-halus

5  Robert jalan _________ kerana takut ketinggalan komuter.
A  panjang-panjang C  rapat-rapat
B  cergas-cergas D  laju-laju

6  Ibu membuat _________ pisang sebagai sarapan kami pada hari ini.
A  jemput-jemput C  jala-jala
B  enak-enak D  roti-roti

7  _______ yang menjadi mangsa dera itu diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
A  Kucing-kucing C  Muda-muda
B  kanak-kanak D  Jiran-jiran

8  Setiap orang mempunyai pendapat _________ tentang isi kekurangan bekalan minyak di pasaran.
A  masing-masing C  manis-manis
B  hampir-hampir D  segar-segar
9  ________ saya di taman perumahan ini saling membantu walaupun berlainan bangsa.
A  Budak-budak C  Jiran-jiran
B  Orang-orang D  Ahli-ahli

10  _________ rambutan di dusun datuk tumbuh subur kerana dijaga dengan baik.
A  ranting-ranting C  daun-daun
B  pohon-pohon D  buah-buah

Jawapan
1D 2C 3A 4B 5D 6D 7B 8A 9C 10B

Tahun 6 LATIHAN 4 - KATA GANDA PERNUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  _______ Persatuan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
A  Hebat-hebat C   Ahli-ahli
B  Adik-adik D  Ahih-alih

2  Sejak _________ ini, kesihatan datuk saya tidak begitu baik.
A  siang-siang C  akhir-akhir
B  diam-diam D  dulu-dulu

3  Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan hati saya.
A  sepah-sepah C  sepoi-sepoi
B  sejuk-sejuk D  kuat-kuat

4  Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan  _________ itu.
A  labah-labah C  kuda-kuda
B  rama-rama D  anai-anai

5  ' ________ saya sahaja yang mengemas bilik darjah ini,' kata Liyana tidak puas hati.
A  Masing-masing C  Asyik-asyik
B  Lumba-lumba D  Baik-baik

6  Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
A  dalam-dalam C  halus-halus
B  dekat-dekat D  ketat-ketat

7  Pihak sekolah akan mengkaji _________ keruntuhan akhlak dalam kalangan murid-murid.
A  langkah-langkah C  kalau-kalau
B  faktor-faktor D  gara-gara

8  Sayur yang dijual di gerai Pak Cik Hasan itu _________.
A  bersih-bersih C  segar-segar
B  cantik-cantik D  baik-baik

9  Beg itu _______ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya.
A  penuh-penuh C  ketat-ketat
B  padat-padat D  muat-muat

10  ________ Lagi dia sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wushu di sekolahnya.
A  Tinggi-tinggi C  Rajin-rajin
B  Awal-awal D  Tua-tua

Jawapan
1C 2C 3C 4D 5C 6D 7B 8C 9D 10B


Tahun 6 Latihan Sinonim 19

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


181.Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula kebaikan dan kekurangan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
A.  meneliti                             C.  memeriksa
B.  menyelidik             D.  mempelajari

182.Lawatan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah ke Muzium Negara terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan daripada murid-murid.
A.  Kunjungan                        C.  Rombongan
B.  Perjalanan                          D.  Kedatangan

183.Ayam itu menguis dengan menggunakn kakinya pada tanah untuk mencari makanan.
A.  menggaru                          C.  mencakar
B.  mengorek                           D.  mematuk

184.Nazmi tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Mesir yang berkunjung ke Malaysia.
A.  bersama                             C.  berkumpul
B.  berjumpa                            D.  berhimpun

185.Sejak kebelakangan ini golongan muda yang berfesyen dengan mengikut budaya barat tidak sesuai dengan masyarakat kita.
A.  berupa                               C.  bercorak
B.  bergaya                              D.  berbentuk

186.Jalan raya itu diperlebarkan kerana jumlah kenderaan yang lalu lalang di situ kian meningkat.
A.  dilapangkan                       C.  diperbesarkan
B.  diperluaskan                      D.  dikembangkan

187.Kemenangan pemain badminton Malaysia menumpaskan pemain dari China menjadikan  suasana di dewan hingar-bingar dengan sorakan penonton.
A.  mewujudkan                     C.  menimbulkan
B.  membuatkan                      D.  membenarkan

188.Pek Wah kelihatan kekok makan dengan menggunakan tangan kanan keranan selama ini dia biasa menggunakan sudu dan garpu.
A.  jelik                                   C.  muak
B.  nyilu                                  D.  canggung

189.Puan Su menggaji seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk menguruskan kebajikan anak-anaknya yang berumur 5 dan 6 tahun masing-masingnya sewaktu dia pergi bekerja.
A.  mengupah                          C.  membiayai
B.  membayar                          D.  membelanja

190.Sempena  ulangtahun kelahiran ibu pada minggu depan,  saya mahu menghadiahkan selendeng sutera kepadanya.
A.  memberikan                       C.  menyerahkan

B.  menunjukkan                     D.  meminjamkan

Jawapan:
181B
182A
183C
184B
185B
186B
187B
188D
189A
190A




Tahun 6 Latihan Sinonim 18

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


171.Kepakaran Pak Leman membuat labu sayong menjadi tarikan utama pelancong di daerah itu.
A.  kelajuan                             C.  kepandaian
B.  kehalusan                           D.  kesenangan

172.Pemburu itu mengacukan senapang ke arah rusa di sebalik semak itu.
A.  menunjukkan                     C.  membalingkan
B.  menghalakan                     D.  menghumbankan

173.Walaupun hadiah pemberian ibu tidak mahal tetapi amat berharga bagi saya.
A.  bernilai                              C.  berfaedah
B.  bermutu                             D.  bermanfaat

174.Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa guru besar yang telah lama berkhidmat di sekolah itu.
A.  memikir                             C.  mengimbas
B.  mengingat                          D.  menyanjung

175.Encik Rosni dan keluarganya bersepakat merancang untuk membina kolam ikan di tanah pusaka milik keluarganya.
A.  menjadikan                        C.  mengusahakan
B.  menubuhkan                      D.  membangunkan

176.Pei San memandu dengan perlahan apabila memandu di selekoh yang tajam pada jalan naik ke atas Bukit Bendera.
A.  liku                                    C.  arah
B.  siku                                    D.  sudut
177.Pelari pecut dalam acara sukan larian 100m rebah apabila menghampiri garisan penamat.
A.  jatuh                                  C.  runtuh
B.  luruh                                  D.  tumbang

178.Pengurus syarikat yang berkaliber itu mengarah orang bawahannya supaya segera melaksanakan projek perumahan yang terbengkalai.
A.  meminta                            C.  memerah
B.  menyelia                            D.  menyuruh

179.Pemburu itu memasang jerat di dalam hutan untuk memerangkap kijang.
A.  jala                                     C.  sangkar
B.  jaring                                 D.  perangkap

180.Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF telah mengharumkan nama Malaysia.
A.  menaikkan                         C.  memahsyurkan

B.  mengangkat                       D.  memperkenalkan

Jawapan:
171C
172B
173A
174B
175C
176A
177A
178D
179D
180C


Tahun 6 Latihan Sinonim 17 : Soalan Objektif untuk Kata Sinonim

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :

161.Jentera pembajak merupakan kaedah moden bagi petani untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.
A.  mula                                  C.  baharu
B.  silam                                  D.  sekarang

162.Walaupun Ilham seorang anak jutawan, namun dia tidak sombong dan kedekut terhadap rakan-rakannya.
A.  hartawan                           C.  negarawan
B.  dermawan                          D.  bangsawan

163.Pasukan Kedah telah berjaya menjaringkan gol yang pertama pada minit yang ke-15.
A. mengisikan                         C.  memasukkan
B.  meledakan                         D.  menyumbatkan

164.Cikgu Wong memesan kepada murid-muridnya supaya memastikan semua komputer ditutup selepas menggunakan makmal komputer.
A.  meminta                            C.  menasihat
B.  mengarah                           D.  mengingat

165.Pengeluar produk kesihatan diminta supaya memastikan produk mereka berkualiti supaya barang-barang tersebut tidak menjejaskan kesihatan pengguna.
A.  bernilai                              C.  bermutu
B.  bertaraf                              D.  berharga

166.Ketabahan Puan Lim membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya memasuki universiti dikagumi oleh para wanita di kampungnya.
A.  dicintai                              C.  dibenci
B.  disukai                               D.  disanjungi

167.Kapten Kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya mengubah haluan kapal apabila mendapati keadaan cuacu di bahagian selatan yang bertambah buruk.
A.  menukar                            C.  menghala
B.  meminda                            D.  menyusun

168.Puan Janet mengumpul baju-baju terpakai untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim.
A.  melonggok                        C.  menghimpun
B.  mengambil             D.  mengelompok

169.Proses mencanting batik dibuat dengan teliti oleh pekerja-pekerja yang mahir itu.
A.  tepat                                  C.  cermat
B.  kemas                                D.  hati-hati

170.Thomas menyedari bahawa masa untuk menyiapkan tugasaan yang diberi oleh gurunya sudah semakin suntuk.
A.  tamat                                 C.  lambat
B.  kurang                               D.  singkat



Jawapan:
161C
162A
163C
164D
165C
166D
167A
168C
169C
170D

Latihan 3 - Soalan Objektif Kata Ganda Penuh

Latihan Berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan Kata Ganda Penuh  yang paling sesuai.


1  Buah durian yang dibeli oleh ayah _______ isinya.
A  manis-manis C  pekat-pekat
B  cukup-cukup D  elok-elok

2  Kakak menyelitkan sekeping nota di  ________ buku yang menimbun itu.
A  masuk-masuk C  jarak-jark
B  celah-celah D  jiran-jiran

3  “________ kamu,  siapakah yang layak untuk menjadi ketua pengawas sekolah kita?”  tanya  Peter kepada  kepada Susan.
A  Moga-moga C  Kata-kata
B  Agak-agak D  Kira-kira

4  Ibu membantu adik mengenal _______ yang terdapat di dalam buku itu.
A  abjad-abjad C  ingat-ingat
B  habis-habis D  kira-kira

5  Puan Leza menghidangkan _______ santan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.
A  mentah-mentah C  agar-agar
B  murah-murah D  nasi-nasi

6  Mohan bimbang ________ permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu ditolak.
A  kalau-kalau C  bukan-bukan
B  nyaris-nyaris D  takut-takut

7  Helmi bertanggungjawab memelihara _________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua mereka.
A  rakan-rakan C  adik-adik
B  jiran-jiran D  ibu-ibu

8  ________ yang dipakai oleh Puan Ani bertatahkan batu permata.
A  Panjang-panjang C  kain-kain
B  Anting-anting D  Baju-baju

9  Irene _______ setelah makan makanan yang tercemar itu.
A  muntah-muntah C  kurus-kurus
B  lembik-lembik D  hati-hati

10  Wajah gadis yang berambut keriting itu  ______ wajah biduanita Sharifah Ani.
A  nyaris-nyaris C  cemas-cemas
B  hampir-hampir D  iras-iras

Jawapan:
1D 2B 3B 4A 5C 6A 7C 8B 9A 10D