LATIHAN 1 - KATA GANDA PENUH


SOALAN BERFORMAT SEKOLAH RENDAH TAHUN 6

Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang betul :


1  Murid perempuan yang membuat persembahan tarian zapin itu  ___________.
A  canggih-canggih C  kemas-kemas
B  comel-comel D  gagah-gagah

2   Kedengaran _____ suara Muaz memanggil nama saya dari atas bukit itu.
A  jarang-jarang C  sedap-sedap
B  sayup-sayup D  lazat-lazat

3  Pemuda itu mengalami kerugian beribu ringgit ________ tertipu dengan skim cepat kaya itu.
A  kadang-kadang C  cuba-cuba
B  cerita-cerita D  gara-gara

4  Ali bercakap dengan lembut, ________perasaan kawannya akan tersinggung.
A  jangan-jangan C  entah-entah
B  bukan-bukan D  takut-takut

5  Usaha yang dilakukannya selama ini tidak _______apabila dia berjaya memperoleh segulung ijazag dalam bidang perakaunan.
A  payah-payah C  ragu-ragu
B  sudah-sudah D  sia-sia

6  Duit yang ada pada Encik Idrus _____ untuk membayar sewa rumah pada bulan ini sahaja.
A  cukup-cukup C  jauh-jauh
B  minta-minta D  iras-iras

7  Bukan _______ orang yang terpilih untuk menjadi angkawasan negara itu.
A  calang-calang C  main-main
B  gesa-gesa D  ikut-ikut

8  Encik Lim lebih suka menggunakan _________berbanding mesin kira untuk mengira hasil jualannya.
A  dekak-dekak C  sepoi-sepoi
B  dekat-dekat D  biji-biji

9  Farhana belum  _____ lagi walaupun sudah pukul 12:00 malam kernan mahu menyiapkan kerja sekolahnya.
A  bangun-bangun C  tidur-tidur
B  celik-celik D  jaga-jaga

10  Suki sering _________ rajin untuk menarik perhatian majikannya.
A  dengar-dengar C  malu-malu
B  diam-diam D  pura-pura

Jawapan 1B 2B 3D 4D 5D 6A 7A 8A 9C 10D




Tahun 6 : Latihan Sinonim 1 (Latihan Perkataan Sama Makna)

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1.  Kawasan rumah Mei Mei berubah sejak pokok bunga yang ditanam olehnya layu kerana tidak disiram.
A.  lesu                                    C.  kecut         
B.  kuyu                                  D.  lembut

2. Peter ajak saya ke rumahnya sempena majlis harijadinya sambil kami sekumpulan kawan baik bermain catur.
A.  arah                                   C.  ziarah
B.  suruh                                  D.  pelawa

3. Kanak-kanak Tadika Krystal itu kelihatan ceria  semasa mengambil gambar sempena hari majlis penyampaian hadiah sekolah.
A.  suka                                   C.  seronok
B.  meriah                                D.  gembira

4. Pemandangan pada waktu senja di Pulau Ketam sangat indah sehingga membuatkan kami semua masing – masing berat hati untuk balik ke menjamu makan malam walaupun kami sudah lapar.
A.  bagus                                 C.  permai
B.  cantik                                 D.  harmoni

5. Baju dan seluar yang besar itu yang dihadiah oleh saudara di seberang laut tidak muat dengan badan Ahmad yang kecil.
A.  padan                                C.  sesuai
B.  cukup                                 D.  selesa

6. Encik Liew seorang jiran yang baik kerana selalu menolong orang yang dalam kesusahan.
A.  keperitan                           C.  kepayahan
B.  kepapanan                         D.  kesenangan

7. Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga di kebunnya.
A.  ugutan                               C.  teguran
B.  nasihat                               D.  peringatan

8. Guru Besar Sekolah Mekar memuji semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa kerana ia berjalan dengan lancar.
A.  kerja                                  C.  Projek
B.  Tugas                                 D.  Program

9. Pelbagai acara diadakan di sekolah sempena menyambut hari kebangsaan.
A.  agenda                               C.  rencana
B.  aturcara                              D.  rancangan

10. Encik Ahmad berjalan-jalan bersama dengan keluarganya sambil menghirup udara yang nyaman di Taman Mewah.
A.  elok                                   C.  segar

B.  tulen                                  D.  bersih

Jawapan:
1C
2D
3D
4B
5C
6C
7D
8D
9D
10C